Thursday, August 26, 2010

FIRST CAMP(HARI LAST)



8-AUG-10

Pagi ini awal sungguh aku dikejutkan dari lena untuk menunaikan solat fardhu subuh bersama-sama rakan yang lain..kali ini tidaklah begitu sukar untuk aku bangun kerana waktu tidur yang diberikan malam tadi cukup panjang..sekali kejut saja terus aku bangun mengejutkan rakan-rakan yang lain dan menuju ke khemah pusat untuk menunaikan solat subuh…seperti biasa

selepas solat kami akan ke gelanggang pasir untuk senaman pagi..pagi ini agak berlainan dengan semalam..senaman pagi hari ini kami di kehendaki menggunakan skipping..oleh kerana kami terlalu ramai dan ruang yang ada tidak mencukupi..kami dibahagikan kepada dua kumpulan..kumpulan aku diminta untuk ke tempat letak kereta sementara menunggu

kumpulan satu lagi melakukan senaman..di tapak letak kereta kami bermain beberapa game yang agak menarik dimana game tersebut memerlukan kepantasan dan kepekaan yang tinggi..game tersebut menceriakan pagi aku hari ini..=) selepas selesai semua game kami bertukar aktiviti dengan kumpulan satu lagi..tiba giliran kami melakukan senaman..pagi itu aku

berasa sungguh beruntung..bangga dan teruja kerana berpeluang menyaksikan di hadapan mata sendiri atlit skipping Negara beraksi..kagum sungguh aku melihat aksi-aksi yang dipamerkan oleh beliau..selepas bersenamkan melakukan postmoterm untuk aktiviti night walk malam

tadi..beberapa orang dipilih dari kalangan kami untuk menceritakan pengalaman malam tadi..ada yang menarik dan mencuit hati dan ada juga yang tidak berapa menarik..antara yang menarik timbul perkataan budut yang di ambil sempena busut jantan..timbulnya perkataan

budut ini adalah akibat dari terlalu asyik melayan tidur oleh salah seorang dari kami dan tiba-tiba dikejutkan..pelajar tersebut berjalan melalui trek yang disediakan tiba-tiba dia terserempak dengan dua orang lelaki yang bertenggek di jambatan lalu dia pun memberian kata kunci

sebanyak tiga kali ‘budut..budut..budut…’kemudian salah seorang dari lelaki tersebut membalas ‘budut ape engkau…!’ketika itu barulah dia tersedar…dalam keadaan terpinga-pinga dia pun berlalu pergi meneruskan perjalannya...selain itu ada juga yang terlalu takut sehingga berpatah

semula ke check point permulaan…ada yang melaungkan Allahuakbar6 apabila terserempak dengan lembaga samaran fesi…hehe dan ada juga yang berkata ‘saya bagi kata kunci kalau saya takut je’…postmoterm pagi itu sungguh mencuit hati…=)selepas postmoterm kami ke khemah

pusat untuk bersarapan..selesai bersarapan dan mengemas khemah pusat kami berkumpul untuk melakukan baki aktiviti kumpulan masing-masing..kumpulan aku dan kumpulan3 akan melakukan aktiviti blind trail..aku sudah siap sedia dengan seluar dan kasut yang bersesuaian

kerana aku menjangka kami tidak akan pulang dalam keadaan sepertimana kami mahu pergi…kami di kumpulkan bersebelahan dengan sebatang anak sungai dan kami diarahkan untuk mencari daun yang akan digunakan sebagai penutup mata..selepas mata kami ditutup kami

diarahkan untuk berpegangan tangan antara satu sama lain dan orang dihadapan sekali akan memegang kayu yang dikawal oleh fesi…kami dibawa berjalan dan semua arahan dikeluarkan oleh fesi dan kami saling menyampaikan bagi tujuan keselamatan..segala arahan yang diberi

kami turuti tanpa sebarang bantahan..walaupun berjalan dalam keadaan yang sukar kami tetap erat memegang tangan rakan-rakan supaya tidak ada yang tertinggal..tiba-tiba kami dibiarka berhenti di suatu kawasan..kami dibiarkan leka..tiba-tiba tangan aku dan orang belakangku

disentap..kami cuba untuk dipisahkan tetapi aku meronta kuat melepaskan diri dan cuba untuk mencari semula rakan dibelakangku..agak lama berlaku pergelutan disitu tetapi akhirnya aku terpaksa pasrah apabila merasakan rakan ku itu sudah jauh dibawa pergi..yang tinggal hanya

kami berlima dan kesemuanya adalah lelaki..kali ini kami nekad untuk tidak melepaskan tangan walau apa pun yang terjadi..beberapa cubaan untuk memisahkan kami dilakukan namun semuanya tidak berhasil..biar apa pun yang terjadi dan berlaku kami tetap tidak akan

melepaskan tangan..jalan terakhir yang fesi gunakan adalah mengeluarkan arahan supaya kami melepaskan tangan..pada mulanya kami berkeras tapi setelah beberapa kali arahan dikeluarkan kami terpaksa akur..kali ini kami dibawa secara individu ke tempat yang berasingan dan tidak

kami ketahui..aku dibawa ke satu kolam dan disana aku disuruh berjalan mengikut tali yang disediakan..aku mengikut tali tersebut hinggalah ke penghujung..disana aku disuruh duduk mendiamkan diri..agak lama aku menunggu..aku mengambil keputusan untuk baring seketika

sementara menunggu arahan seterusnya..tiba-tiba datang beberapa orang fesi mengenakan aku bagi mengisi kebosanan mereka mungkin…kemudian aku disuruh bangun semula dan dibawa bersama rakan-rakan yang lain ke satu kawasan tadahan air dan kami diminta untuk duduk di

situ..aku agak rimas disitu kerana seekor serangga asyik menggigit-gigit aku..aku dibantu oleh seorang daripada ahli kumpulan bagi menghalau serangga tersebut..selepas itu kami diminta untuk mengumpulkan kesemua ahli kumpulan kami..apa yang kami mampu hanyalah

mengeluarkan suara dengan harapan ahli kumpulan kami terdengar dan datang ke tempat kami berkumpul..untuk pergi mendapatkan mereka adalah diluar kemampuan kami dengan keadaan mata yang ditutup…setelah semua berkumpul disatu tempat kami dibenarkan untuk membuka

mata..apabila membuka mata aku melihat tempat kami dikumpulkan itu tidaklah seperti yang aku bayangkan..tempatnya agak indah..jauh betul menyimpang tanggapan ku…apa yang ingin disampikan melalui aktiviti ini adalah kita seharusnya amat bersyukur dengan pancaindera yang

dikurniakan kepada kita..juga bagaimana perasaan orang buta menjalani kehidupan harian mereka..aku bersyukur kerana lahir dengan pancaindera yang dikurniakan lengkap namun tidak semua insan didunia ini bernasib baik sepertiku..kelengkapan dan kelebihan ini juga bukan milik

kita..ia bersifat sementara..dipinjamkan kepada kita dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula..jadi janganlah kita sombong dan memandang rendah kepada yang kurang upaya sebaliknya bantulah mereka kerana itulah tanggungjawab kita yang dikurniakan

kelebihan..gunakanlah segala kelebihan yang dikurniakan kepada kita sementara masih ada masa..aktiviti ini juga membuktikan bahawa tiada insan di dunia ini yang mampu untuk hidup seorang diri tanpa teman di sisi..semua manusia di muka bumi ini saling memerlukan antara satu

sama lain..ia juga menerap sifat kasih saying di antara rakan-rakan..tidak kira apa pun yang berlaku dalam apa jua keadaan kawan tidak sekali-kali akan ditinggalkan..itulah ikatan yang dinamakan persahabatan..marah dan gaduh itu asam garam persahabatan tapi apa jua rintangan

yang mendatang tidak akan meruntuhkan semangat dan ikatan persahabatan..selain itu,ia mengingatkan kita dari mana asalnya kita..siapa pun kita di muka bumi ini dan apa pun keturunan kita tapi hakikatnya kita berasal dari satu sumber iaitu dari tanah yang

berbau..buanglah segala ego kita kerana kita berasal dari elemen yang sama..sama-sama hina walaupun rupa dan kelebihan yang dikurniakan berlainan..kita memandang hina orang lain samalah seperti kita menghina diri kita sendiri dan ingatlah bahawa apa yang kita miliki itu

hanyalah sekadar pinjaman sementara..janganlah kita mudah alpa dengan apa yang dikurniakan….selepas aktiviti itu semua orang kelihatan sama yang nampak berbeza hanyalah jantina..masing-masing berbau busuk dan buruk rupa…kami semua pulang ke khemah pusat

dengan keadaan yang penuh berlumpur..kami hanya diberi masa selama 15minit untuk membersihkan diri dan yang lain diberi masa 20minit untuk mengemaskan tapak perkhemahan..aku mandi sepantas yang mungkin untuk mengelakkan dari rakan ku

didenda..siap sahaja mandi aku terus bersiap..apa yang ada didepan aku itulah yang aku sarung..tapi malangnya rakan ku tetap didenda kerana masih ada juga yang lambat..siap semua berkumpul kami membantu rakan-rakan yang lain mengemas tapak perkhemahan..seorang

demi seorang menjadi korban akibat sikap kami dan akhirnya semua siap juga..hati mana yang tidak sakit melihat rakan diperlakukan sebegitu..cubit peha kiri peha kanan terasa jua..tapi apakan daya..apa yang kami mampu hanyalah membuat kerja sepantas yang mungkin…selepas

siap mengemas kami makan dan solat..selesai sahaja solat kami dibahagi kepada dua kumpulan..separuh mengemas saki baki barang dan separuh lagi mengangkut barang ke dalam lori..selesai sahaja semua tugasan kami bergambar kenangan pula dan seterusnya upacara

penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik..’jauh panggang dari api’..itulah perumpamaan yang sesuai dikatakan kepada kumpulan aku untuk mengimpikan kemenangan..kumpulan kami tidaklah terlalu menonjol..bagi aku..aku hanya mengharapkan segalanya berjalan lancer..aku

hanya ingin membuat yang terbaik untuk kumpulan dan segala kesilapan itu adalah kelemahan diri ku..tiada lain selain dari ingin berseronok dan mengembirakan rakan-rakan sekumpulan..tapi hakikat yang terpaksa untuk kami terima ialah kami dipilih sebagai kumpulan

terbaik..sungguh tidak ku sangka..inilah yang dinamakan rezeki…=)sepanjang kem ini kumpulan kami tidak menghadapi sebarang masalah..masing-masing bersatu padu dan saling memberi kerjasama..thanks kumpulan6…=) kemudian kami bertolak pulang ke UiTM Shah Alam..kesedihan mula melanda jiwa ini..aku berasa sungguh hiba mengenangkan perpisahan

kami nanti...semakin dekat ke pintu UiTM bermakna semakin singkat masa yang kami ada untuk bersama..perasaan itu semakin ku rasai apabila semua barang-barang sudah dipunggah turun dan semua berkumpul di gelanggang futsal untuk upacara penutupan..selesai sahaja

ucapan dari semua letc aku menjadi semakin hiba..semua berbaris panjang untuk bersalaman dan mengucapkan salam perpisahan..alasan akan berjumpa di final kem satu-satunya pengubat hati ini tapi bagaimana pula selepas final camp nanti..semoga kami berpeluang untuk bertemu

dan berkumpul lagi seperti ini dimasa akan datang..sebelum mereka beredar sempat lagi aku bergambar kenangan bersama-sama ahli kumpulan ku..banyak yang aku pelajari dari kem ini..untuk rakan-rakan dari Jengka dan Instedt aku sungguh gembira dan betul-betul

menghayati setiap aktiviti yang kita lalui bersama walaupun tempoh pengenalan ini sangat singkat..harap pertemuan yang mendatang akan menjadi lebih baik dari yang lalu supaya lebih mudah untuk kita sama-sama harungi di final camp nanti..














5 comments:

  1. hahaha....mase ice-breaking ngan hari last paling best...!!!
    huhu.....nice story....:)

    ReplyDelete
  2. story r..ckp je xguna gak....=)

    ReplyDelete
  3. nnt r story..tp mmg best..!!
    dpt knl someone tu... ;P

    ReplyDelete
  4. siape? bak kate nabil, 'pikir la sendiri...' hehe
    btw, thanx coz make ur post 'clearer' 4 me 2 critics..
    hahaha

    ReplyDelete