Monday, September 13, 2010

ABSEILING (Praktikal)


1-Sept-10

Hahaha hari ini yang aku tunggu-tunggukan...selama beberapa hari sebelum tibanya hari ini aku asyik terfikir dan tidak lena tidur dek kerana terlalu asyik memikirkan kata-kata EN.Hisyam.. “kita akan turun dari tingkat 11” perh selama hidup aku sebelum ini paling tinggi

aku pernah turun pun hanya dari tingkat 4..itu pun segalanya disediakan oleh bomba yang ternyata berpengalaman dalam melakukan aktiviti-aktiviti sebegini..En.Hisyam berkata lagi “segala persiapan dan peralatan untuk kamu turun akan disediakan oleh kamu sendiri” lagi

seriau aku mendengar ayat tersebut..huhu so hari ini adalah titik tolak untuk aku menguji sejauh mana keberanian aku sebagai seorang lelaki..seawal 7.30 pagi aku bergerak ke stor untuk membantu rakan-rakan yang lain untuk mengangkut peralatan-peralatan yang ingin

digunakan untuk aktiviti ini..sesampai sahaja disana aku terus melakukan persiapan bersama rakan-rakan yang lain..aku memasang segala peralatan yang diperlukan ke badan dan melakukan beberapa kali cubaan awal bagi mendapatkan keyakinan dan teknik yang

betul bagi mengelakkan kecederaan...setelah siap semua persiapan dilakukan dan diperiksa oleh En.Hisyam kami mulakan aktiviti dengan doa selamat..kami diberi 3 pilihan gaya untuk turun..freefall..spider..dan Australian..aku orang ke-3 yang melakukan

penurunan..disebabkan kurang pengalaman aku hanya memilih gaya freefall..semasa melakukan penurunan..aku tidak dapat turun dengan lancer mungkin kerana brek kecemasan di pegang dengan terlalu ketat atau terdapat masalah lain yang tidak dapat aku

agak..segala keraguan yang aku rasakan dan bimbangkan tidak lagi dirasai di saat aku berada di bahagian luar bangunan untuk melakukan penurunan..sampai sahaja di bawah aku mengambil alih tugasan untuk mengawal tali..apabila sudah ada penganti aku terus naik semula ke atas dengan harapan dapat peluang untuk melakukan penurunan lagi dengan gaya yang lain pula..setelah sekian lama menunggu aku berasa hampa apabila mendapat tahu bahawa setiap orang hanya sempat membuat penurunan sekali sahaja..aku

hanya menunggu untuk membantu dalam proses mengemas dan membawa balik peralatan ke stor...tiba sahaja orang terakhir di bawah kami terus mengemas barang dan membawa balik ke stor untuk disimpan.....









4 comments:

  1. wah3x... sonok nye wt abseiling..
    kitowang xde chance lagi nk wt taw...
    xtaw bile... huhu

    ReplyDelete
  2. ati2 r..bese r kite bkn pro..sok lame2 laju r...=)

    = thanx gurl89..=)

    ReplyDelete
  3. cayalah..bleh aja aku ikatn time turun tu x...

    ReplyDelete