Thursday, August 26, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH-Thanks kawan-kawan

2-AUG-10

Hari ini dalam sejarah..kelas En.Hisyam dibatalkan sebab hari rabu nanti ktorang ada kelas kayak dimana ktorang akan diajar untuk berkayak dengan betul,selamat dan berdisiplin di tasik Shah Alam selama 4jam..yang jadi sejarahnya ini lah first time kawan-kawan aku meluahkan isi

hati dorang secara jujur dan penuh perasaan..segalanya bermula di kelas management yang diajar oleh En.Wan…aku dan beberapa orang rakan lagi keluar mencari tie dan sekembalinya aku di kelas aku dapat rasakan satu suasana yang amat tegang dengan ekspresi muka yang

kurang menyenangkan ditunjukkan oleh setiap orang membuatkan aku memaksa otak berfikir dengan pantas..pelbagai persoalan menyelubungi kotak fikiran ku..degupan jantung ku semakin kencang tetapi semua itu aku sorokkan dengan wajah bersahaja..aku duduk di bangku ku dan

menunggu sesuatu untuk mendapatkan kepastian..selang beberapa saat En.Wan bersuara dan aku terdiam sejenak..lidah ku kelu seketika mendengarkan kata-kata En.Wan yang menjadi permulaan perbincangan..kelas management hari ini lebih seperti praktikal di mana satu

organisasi yang terdiri daripada kelas ktorang duduk semeja membincangkan masalah yang melanda bagi mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua pihak,yang memuaskan hati semua pihak..suasana menjadi agak tegang seketika tetapi masing-masing mengawal tingkah

laku kerana menghormati En.Wan..walaupun keadaan agak tegang tetapi masih dalam keadaan terkawal..En.Wan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian dan keadaan kembali tenang setelah kata sepakat telah dicapai..selepas dari itu aku dapat rasakan perubahan yang positif

diantara kami..satu perubahan yang cukup mengembirakan aku..bagi aku kt saling memerlukan satu sama lain walaupun kadang kala ada diantara kita yang tersasul dan menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak..setiap orang merupakan elemen yang saling melengkapi

keluarga kita..dalam apa jua hal kita hendaklah memandang dari sudut yang positif..seseorang pernah menasihati “ apa pun yang berlaku kita pandang balik diri kita kerana semua yang berlaku adalah berpunca dari diri kita sendiri..” kalau diikutkan hati panas dan darah muda

memang semua itu tidak masuk akal tapi selepas di renungkan memang betullah segala kata-kata insan berbudi tersebut..jalan hidup ini kita yang tentukan,kita yang memilih tetapi kita harus ingat bahawa bukan kita yang mampu mengawal semua itu..Dia lah yang akan

menentukan segalanya..pucuk pangkal adalah diri kita sendiri..untuk menyelesaikan masalah kita perlu cari silap pada diri kita dan bukan pada orang lain kerana selagi kita mencari kesilapan itu pada orang lain masalah itu tidak akan selesai..sama-sama lah kita renungkan..insyaallah…

No comments:

Post a Comment