Thursday, August 26, 2010

FIRST CAMP(HARI KEDUA)


7-AUG-10

Hari kedua aku di Bukit Cherakah…huh nikmat sungguh waktu tidurku malam tadi walaupun hanya 1-2jam sahaja...betullah kata orang jika sesuatu itu memang milik kita atau mudah untuk kita dapatkan..kita tidak akan hargai..bagi kita benda tersebut biasa sahaja tapi kita akan mula

menghargainya bila ia di renggut dari kita..pada masa itulah baru kita sedari betapa penting dan berharganya benda tersebut untuk diri kita..selama ini waktu tidur tidak menjadi masalah kepada ku..bila dan di mana jua..tiada siapa yang menghalang tetapi pabila aku disini semua itu

bukan lagi menjadi hak aku…semuanya dikawal dan terhad..namunpun begitu aku amat ber syukur kerana nikmat tersebut masih lagi mampu aku kecapi walaupun terhad..aku terlalu asyik dengan buaian mimpi yang mengasyikan sehinggakan subuh hamper berlalu meninggalkan diri hamba yang alpa dengan keseronokkan nikmat dunia yang di kecapi ini..ku kira Dia masih

menyayangi aku dan tidak mahu aku hanyut dibawa arus kealpaan..aku terjaga dari tidur apabila menyedari aku masih belum menunaikan kewajipanku..bingkas aku bangun keluar dari khemahku untuk menunaikan solat subuh..kelihatan sudah ramai yang bangun..ada yang seperti

ku yang baru ingin menunaikan solat..ada yang sedang bersiap-siap dan ada juga yang sedang menyediakan sarapan pagi..selesai sahaja aku menunaikan solat subuh kami semua diminta berkumpul untuk aktiviti pertama kami untuk hari ini iaitu senaman pagi..kami dibawa ke

tempat letak kereta kerana ku kira itulah tempat paling sesuai untuk kami yang mempunyai kapasiti yang cukup ramai ini untuk bersenam bersama-sama..kami bersenam mengikut alunan muzik..lepas 1..1lagi muzik dimainkan diketuai oleh fesi yang bertanggungjawab..sampai satu

tahap dimana peserta pula dipanggil untuk mengetuai senaman tersebut..aku yakin ketika itu jantung setiap peserta berdegup laju tidak terkecuali aku tetapi kembali tenang apabila ada yang sudah di pilih..walaupun gaya yang mereka pamerkan tidaklah menarik mana tapi keberanian

mereka cukup manarik..jika aku yang menjadi pilihan masa itu belum tentu aku mampu melakukan apa yang mereka lakukan..selepas selesi bersenam kami semua diberi masa untuk bersarapan..kami makan sepantas yang mampu kerana masa yang diberkan terlalu

singkat..selesai makan dan kemas tempat makan kami berkumpul untuk melakukan aktiviti yang telah dijadualkan mengikut pasangan kumpulan masing-masing..kumpulan aku dipasangkan bersama kumpulan3 dan untuk aktiviti pertama kami akan ke check point management game..debaran menanti kami kerana kumpulan yang kalah bagi setiap game akan

didenda..masing-masing bertungkus lumus untuk menang bagi menyelamatkan kumpulan masing-masing..game pertam kumpulam aku menang tapi kami hanya mendenda seorang sahaja dari mereka yang pada asalnya ahli kumpulan kami dengan tujuan untuk menyakat..untuk game kedua nasib tidak menyebelahi kami dan kami semua didenda oleh

kumpulan3..ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kumpulan6 lalu kami bertekad untuk menang game yang seterusnya..kali ni nasib menyebelahi kami dan kami mendenda kumpulan 3 dengan penuh rasa puas dan aku turut menyumbang idea dalam mendenda

mereka..kami gelak dengan sepuas-puasnya melihat telatah mereka..tiba-tiba timbul rasa menyesal di lubuk hati ini..aku seolah-olah seronok mempermainkan rakan-rakan ku sendiri..terasa seperti terlalu keji diri ini..ya Allah apa yang telah hamba-Mu ini lakukan...sanggup aku mempermain dan mentertawakan saudara-saudara ku sendiri..game

yang seterusnya di kelola oleh En.Hisyam sendiri..katanya kumpulan yang kalah akan bergolek dalam lumpur..hah..kumpulan aku kalah..baru tahu langit tinggi rendah..aku separa redha dengan ape yang bakal aku terima..ego betul semasa menerima kemenangan sebentar tadi tapi dalam beberapa ketika semua itu hilang..luluh segala ego kemenangan td..ketika kami bakal

menghadapi hukuman En.HIsyam mengumumkan bahawa kumpulan3 tidak mahu kami menjalani hukuman tersebut..Allahuakbar..mulia sungguh hati saudara-saudara yang puas ku tertawakan tadi..malu benar aku dengan sikap ku ini..pengajaran pertama tuk diriku di kem

ini..game ini banyak mengajar aku erti berjuang dan tidak mengenal putus asa..kerjasama..sifat menghormati dan menyayangi kawan-kawan..game ini juga mengajar aku supaya janganlah ego dan sombong dengan apa yang kita perolehi kerana ia bukan milik kita dan bersifat

sementara..kemudian kami pulang ke tapak perkhemahan untuk menyediakan makanan tengah hari dan membuat camp craft..aku diberi tugasan membaik pulih sistem penyambungan elektrik kem kami bersama 3orang lagi..aku ditugaskan untuk membuat pelindung lampu kalimantang daripada botol..setelah puas ku mencari botol..tidak sampai separuh pun lampu kalimantang

kem kami dapat dibuatkan pelindung..selepas itu aku membantu rakan-rakan yang membaik pulih khemah..hari ini aku keletihan kerana kekurangan tidur dan makan tapi ku gagahkan jua tubuh ini untuk bekerja..tidak sanggup untuk aku mencuri tulang sedangkan rakan-rakan yang

juga sama kepenatan bertungkus lumus membuat kerja..aku tidak mampu lagi untuk melakukan kesalahan kedua..aku lebih rela kepenatan bersama rakan-rakan daripada mengecapi kenikmatan tidur berseorangan..selesai sahaja kami membuat camp craft rakan-rakan yang lain pun pulang daripada melakukan aktiviti kumpulan masing-masing dan makanan

juga telah siap tersedia..kami menjamu selera bersama-sama..kesian kawan-kawan ku yang lain kerana tatkala mereka kelaparan..mereka dihidangkan dengan beras berlaukkan ikan masak kicap yang dimasak oleh kumpulan aku dan kumpulan3..minta maaf kawan-kawan kami tidak sengaja dan tidak berniat untuk menghidangkan makanan sebegitu rupa..terima kasih juga

kepada yang memasak kerana usaha korang dalam menyediakan makanan untuk rakan-rakan yang sedang kepenatan dan kelaparan…siap sahaja kami menjamu selera..kami berjemaah menunaikan solat zuhur..selepas solat kami menyambung semula aktiviti yang dijadualkan..kali ini kumpulan aku dan kumpulan3 akan melakukan aktiviti orienteering or name lainnya pandu

arah..kami diberi 2 permulaan yang berbeza kemudian apabila selesai kami akan bertukar laluan pula dengan pasangan kumpulan kami..untuk aktiviti ini kami tidak mengambil masa yang lama kerana litarnya tidak terlalu jauh..boleh diklasifikasikan sebagai singkat juga mungkin jadi kami mempunyai banyak masa yang terluang..kami dibawa pulang semula ke khemah pusat

untuk menerima arahan selanjutnya..tidak sampai 5minit berkumpul di khemah pusat kami dibawa pula keluar dari kawasan tapak perkhemahan..kami difahamkan bahawa kami akan melakukan aktiviti menjejak..untuk aktiviti ini aku agak gembira disebabkan beberapa sebab yang tertentu..=)sepanjang aktiviti ini hatiku tenang dan gembira...kami dibawa ke empangan

Air Kuning..setibanya kami disana kelihatan beberapa kelompok orang yang sedang memancing..kami tidak banyak mengeluarkan suara bagi tidak menggangu mereka-mereka yang sedang kusyuk memancing..pemandangan disana cukup-cukuplah menarik dan udaranya yang segar mengambarkan betapa besarnya kekuasaan Ilahi..kagum dan terpaku aku

dibuatnya..tidak ada yang dapat menandingi keindahan ciptaan-Nya..disana kami dibenarkan berehat..ketika yang lain sedang asyik melayan penat mereka sambil menikmati waktu rehat yang diberikan kedengaran satu bunyi yang ternyata menggangu mood mereka untuk berehat..bunyi yang tidak lagi asing dikalangan manusia ‘sihat’...masing-masing terus terjaga

dan bingkas bangun menjauhi punca bunyi tersebut..kasihan mereka..ada saja yang menggangu dikala mereka baru sahaja ingin mengecapi saat-saat bahagia yang ternyata sukar diperolehi itu..keadaan agak kecoh seketika..kemudian fesi datang menenangkan kami dan mengarahkan kami beratur untuk pulang ke khemah pusat..sampai sahaja di khemah pusat kami pun bersolat

dan bersiap-siap untuk manghadapi hari gelap dan agenda-agenda yang menanti dan bakal kami tempuhi..petang pun berlalu dan kami dikunjungi senja..kami menunaikan solat maghrib bersama-sama..senja pun tidak setia bersama kami dan berlalu meninggalkan kami..masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kami..1waktu demi 1waktu berlalu pergi kami namun kami

terus disini mengharungi segala yang mendatang bersama-sama..kami menjamu selera sementara menunggu isyak..selesai makan kami dengan kusyuk dan tawaduk’ menunaikan solat isyak…selepas solat isyak kami ke gelanggang pasir untuk kelas bandaging..mungkin tidak tertahan dek tingkah laku dan kerenah kami malam ini sekali lagi kami dimarahi..kali ini letc dari

Jengka dan Instedt pula..agaknya sudah lama mereka memerhatikan perangai kami yang memualkan mungkin..kesabaran mereka sudah sampai ke kemuncak..meluat mereka melihat sesetengah dari kami yang mungkin bagi pandangan mereka tidak memberikan komitmen sepenuhnya..segala yang ada dalam hati mereka terhembur keluar..terdiam kami semua ketika

itu dan tidak lupa juga mereka memberikan sedikit ‘hadiah’ kepada kami sebagai tanda ‘penghargaan’ diatas ‘komitmen’ yang kami tunjukkan..sudah terhantuk baru tergadah..itulah kata-kata yang paling sesuai dilemparkan pada kami..sudah menerima habuan barulah menunjukkan komitmen yang tinggi..namun pada pandangan ku kami bukan tidak mampu

menunjukkan komitmen yang tinggi tapi keletihan..jadi sebarang tidak balas menjadi kurang cekap..namun pun begitu penat tidak seharusnya dijadikan alasan kerana orang yang cemerlang tidak akan mencari alasan..kami sekali lagi berada dalam keadaan terancam..kami diberi amaran jika menimbulkan lagi sebarang masalah..kami akan berdepan dengan kesejukan tasik Bukit Cherakah..kami memilih untuk tidak mengambil risiko dengan mengikut sahaja segala arahan

yang diberikan..kami menjaga tingkah laku kami sebaik mungkin sepanjang kelas bandaging..kelas berakhir tanpa sebarang masalah namun di lubuk hati aku masih lagi berasa khuatir dengan amaran keras yang diberikan tadi..hati aku mulai reda pabila kami meneruskan aktiviti seterusnya tanpa sebarang komen dari mana-mana letc…kali ini kami akan melakukan aktiviti night walk..aktivitiyang tidak pernah aku lakukan sebelum ini..mujurlah malam ini cuaca

agak baik dan langit kelihatan cerah..kami dikumpulkan di tempat letak kereta untuk penerangan sebelum melakukan aktiviti ini..selepas penerangan serba sedikit mengenai aktiviti yang akan kami lakukan ini kami di bawa ke check point permulaan..aku di fahamkan kami akan

dilepaskan berjalan seorang diri mengikut litar yang disediakan..sampai sahaja di check point permulaan kami dibenarkan tidur sementara menunggu giliran masing-masing..aku terlena hingga tidak sedar apa pun yang berlaku..setibanya giliran aku..aku dikejutkan..kalau diikutkan

hati malas rasanya mahu melayan..manakan tidaknya..orang mengantuk disorongkan bantal kemudian dikejutkan pula..tapi setelah beberapa kali dikejutkan aku bangun walaupun berat badan ini untuk meninggalkan jalan tar yang ku rasakan seperti tilam yang empuk..aku berjalan melalui litar yang disediakan berbekalkan kata kunci yang berbunyi ..’busut jantan’..pada

mulanya aku menganggap aktiviti ini sekadar mengisi masa luang peserta atau tidak mempunyai aktiviti yang lebih sesuai jadi aktiviti ini menjadi pilihan..aku beranggapan aktiviti ini tidak akan member sebarang kesan kepada aku..aku berjalan terus dalam keadaan mamai..tiba-tiba kedengaran suara tangisan yang mendayu-dayu..terbeliak mata ku..ngantuk ku hilang entah ke mana..aku memandang sekeliling tapi tiada sebarang objek kelihatan..aku terus

berjalan dan beranggapan fesi ingin menakut-nakutkan aku..agak berkesan untuk beberapa saat..sunyi sepi jalan tesebut dan otak ku mula berkata-kata..pelbagai benda bermain di minda ku..apa lagi yang bakal menantiku..bilakah aku boleh menyambung tidur ku dan macam-macam lagi..aku meneruskan perjalanan dengan harapan cepat sampai..pelbagai aku aku temui..ada

lembaga putih yang member kata kunci kepada ku..ada juga orang terpekik-pekik meminta tolong dan menjerit-jerit kata kunci..ingin aku berpaling memberi pertolongan tetapi dihalang oleh fesi ku kira..mereka menyuruh aku meneruskan perjalanan dan jangan menghiraukan orang yang terpekik itu..aku meneruskan perjalanan sehingga ke aphiteater..disana aku

dibenarkan menyambung tidur..kalau difikirkan seimbas lalu memang kita tidak nampak apa yang cuba disampaikan tapi setelah direnungkan banyak benda yang aku belajar melalui aktiviti ini..kesunyian dan kegelapan malam tadi pun sudah membuat aku agak gelisah dan macam-macam yang bermain di mindaku membuatkan aku bersyukur aku masih bernyawa dan

berpeluang membetulkan kesilapan-kesilapan lampau ku..ini baru di dunia belum lagi di alam kubur yang lebih gelap dan dahsyat…ia juga memberi gambaran bagaimana kita hidup di dunia ini seorang diri tanpa saudara dan teman..aktiviti ini juga menguji samada kita seorang insan yang tabah dan berani atau tidak mengharungi cabaran hidup dan dugaan yang

mendatang..mampu atau tidak kita untuk teruskan dan apa pilihan kita sekiranya terdesak..aku percaya banyak lagi pengajaran dan pembelajaran yang aku dan rakan-rakan perolehi daripada aktiviti ini…


















No comments:

Post a Comment