Thursday, August 26, 2010

ORIENTEERING CLASS(Praktikal)



18-AUG-10

Hari ini merupakan sesi praktikal kelas orienteering..teorinya telah kami hadiri tempoh hari..kelas hari lebih tertumpu pada perbuatan..kami dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kami akan membuatkan trek untuk kumpulan satu lagi..kami bermula pada dua check point

yang berbeza..inilah kali pertama aku menyediakan trek orienteering..biasanya aku hanya menjadi peserta..dalam proses menyediakan trek ini aku dan myrul dikehendaki menulis jarak dan bearing pada setiap kertas manakala peta dilukiskan pada satu kertas kosong yang

lain..kami diberi masa 40minit untuk menyediakan trek..kami cuba menyediakan trek yang agak ringkas dan mudah untuk dijejaki..setelah 40minit kami pulang ke tempat asal untuk membaik pulih peta dan membuat pertukaran trek..trek yang kami sediakan adalah yang paling singkat jika dibandingkan dengan yang lain tapi hati-hati..jangan mudah tertipu dengan

jarak..kami memilih bentuk muka bumi untuk dijadikan cabaran..cotora bertukar trek dengan kami..jarak mereka lebih jauh berbanding kami tapi kami Berjaya sampai dahulu..mungkin kerana trek yang mereka sediakan agak membantu kami walaupun terdapat sedikit kesilapan

teknikal..mereka pula sampai agak lewat kerana kesilapan jarak yang kami lakukan..kedua-dua kumpulan melakukan kesalahan yang agak sama namun bagi kami itu tidak menjadi masalah dan menganggap itu sebagai satu cabaran kerana dalam situasi sebenar masalah yang lebih

besar akan kita lalui..selepas semua sampai kami bincangkan sedikit tentang perancangan final camp dan selepas itu semua besurai...



















3 comments: