Friday, October 22, 2010

FINAL CAMP


BERMULANYA AL-KESAH DARI TARIKH 08-10-10 HINGGA14-10-10…..

Hari yang ditunggu-tunggukan kini tiba…setiap orang di kalangan kami mampu menarik nafas lega namun masih ada yang belum mampu menghela nafas tersebut kerana tanggungjawab masih lagi dipikul…setelah berpenat lelah dan bersusah payah selama beberapa bulan akhirnya hari yang dinantikan tiba..kami ditemukan kembali di UiTM Shah Alam di mana tempat yang menjadi persetujuan semua cawangan baik dari Jengka mahupun INSTEDT…bermula lah cabaran final camp kami yang diberi nama ‘EXTREME OUTDOOR EXPEDITION’.. kami membuat persiapan seawall pagi..mencari semua barang-barang keperluan yang belum ada dan mengambil ubat pencegahan malaria di pusat kesihatan…cawangan Jengka dan INSTEDT tiba di Shah Alam lebih kurang jam5 petang..cuaca hari itu kelihatan mendung seperti memberi peringatan kepada kami yang pergi mengharungi cabaran untuk berhati-hati dan menjaga diri serta tatasusila dengan sebaik mungkin..segala peralatan telah dibawa keluar dari stor dan sesampai sahaja semua cawangan di Shah Alam kami terus berkumpul untuk mendengar penerangan dan amanat dari fesi dan pensyarah..kami dibahagikan tugas untuk persiapan pembukaan perkhemahan kami malam nanti..semua sibuk dengan tugas masing-masing…aku dberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis ditemani oleh Izzati dari INSTEDT…satu tugas yang agak sukar dan mencabar bagi seorang insan yang tidak pernah bermimpi pun untuk melakukan tugas-tugas sebegitu tapi aku tidak menolak dan menganggap ianya sebagai satu cabaran..aku tidak mahu menjadi seorang manusia yang menghadkan kemampuan diri kerana ia bukan lah sesuatu yang membina dalam aku mengharungi perjuangan aku sebagai seorang pelajar…aku perlu lebih positif..banyak yang aku pelajari di introduction camp yang yang berguna dan mampu membantu aku mengharungi hari-hari yang mendatang dengan penuh hikmah…walaupun banyak kekurangan dan cacat celanya sewaktu aku menjadi pengerusi majlis tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya aku berjaya mengharungi cabaran dan menyelesaikannya…selesai sahaja majlis kami semua diberi makan dan selepas itu kami diberi arahan untuk berkumpul oleh En.Shariman..dari situ seorang penghulu dan seorang penghuluwati dipilih..malam itu kami tidak mempunyai sebarang aktiviti..penghulu yang dipilih membahagikan tugas sentri mengikut nama gunung..ianya bertujuan menjaga barang-barang yang berada di luar stor dan keselamatan setiap peserta juga berperanan pembangkit peserta lain dari tidur pada sebelah subuh nanti…setiap gunung menjalankan tugas dengan baik sehinggalah terjaganya setiap peserta pada subuh hari bagi mengharungi hari seterusnya….

BERTOLAK KE GOPENG!!!=)

Kami dikejutkan seawal 5.30pagi untuk bersiap-siap dan menunaikan solat subuh berjemaah…selesai sahaja solat subuh, kami berkumpul untuk menunggu arahan seterusnya…tugasan seterusnye adalah membawa masuk semua barang-barang keperluan ke dalam lori dan bas jadi kami perlu menunggu kenderaan-kenderaan tersebut sampai dahulu…lori tiba ke perkarangan stor lebih kurang jam8 pagi..semua barang-barang dipunggah ke dalam lori..setengah jam kemudian sarapan pagi sampai dan semua yang tidak terlibat dengan aktiviti pemunggahan diarahkan untuk makan kemudian menggantikan yang sedang memunggah barang….selepas semuanya selesai kami berkumpul di suatu kawasan lapang untuk membaca doa sebelum bertolak ke Kg.Jahang Gopeng Perak…perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3jam…kami sampai di sana lebih kurang jam 2petang…bas hanya berhenti di luar kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan kami di hantar ke dalam..perjalanan ke tapak perkhemahan dari tempat kami diturunkan agak jauh….jadi segala peralatanyang berat di muatkan di dalam lori bersama beberapa orang peserta lelaki yang ditugaskan untuk memunggah turun barang-barang dari lori tersebut..setelah siap barang-barang dipunggah lori tersebut berpatah balik untuk mengambil baki peserta yang tertinggal..tapi disebabkan bilangan yang terlalu ramai hanya separuh sahaja yang mampu di bawa masuk menggunakkan lori…separuh lagi terpaksa berjalan kaki…suatu permulaan yang agak memeritkan dan cukup mencabar…setelah semua peserta sampai ke tapak perkhemahan kami di beri masa untuk berehat seketika oleh fesi…selepas itu kami memulakan aktiviti kraf perkhemahan..aku ditugaskan bersama rakan-rakanyang lain untuk membuat khemah peralatan manakala peserta perempuan kumpulan aku diarahkan untuk memasak…setelah puas memikirkan idea dan berbincang bersama-sama rakan yang lain akhirnya siap juga khemah peralatan kami yang terhasil daripada pemikiran-pemikiran kreatif dan kritis kami..ini lah khemah peralatan terbesar yang pernah aku bina bersama rakan-rakan….ada di antara kami yan ditugaskan membuat khemah dapur..khemah pusat..khemah penempatan..khemah generator dan pendawaian bagi menghadapi kegelapan malam di Kg.Jahang….selesai semua kerja kami menunaikan fardhu solat dan mengisi kekosongan yang amat sangat perot kami…selepas makan kami terus bersiap untuk solat maghrib berjemaah kerana hari sudah lewat senja..selepas menunaikan solat maghrib..kami membaca yasin beramai-ramai diikuti oleh solat isyak..selepas itu kami mendengar sedikit amanat dari pensyarah dan penghulu/penghuluwati baru dipilih..malam kami diteruskan dengan permainan yang di anjurkan oleh PERLU pada mulanya kemudian diambil alih oleh pelajar sarjana muda pengurusan sukan semester 3 yang di panggil permainan lemak manis…puas kami berpantun-pantun untuk mendapatkan petunjuk yang terakhir..akhirnya Berjaya juga..kumpulan aku merupakan kumpulan terakhir yang Berjaya menyelesaikan permasalahan yang diberikan berikutan beberapa masalah teknikal yang melanda..ada petunjuk yang diberi sama dan kami mendapat petunjuk tidak mengikut urutankerana arahan yang diberikan kurang jelas…disebabkan habis lewat kami mengambil keputusan untuk tidak tidur dan menunggu hari esok untuk melakukan aktiviti seterusnya….


TUBING DAN CAVING!!=)

Ngantuk betul hari ni…seharian tidak dapat berehat dan melelapkan mata…huh…namun ku gagahkan diri menahan segala keletihan..segala kuderat yang ada aku kerahkan untuk melakukan aktiviti pada hari ini..aktiviti wajib setiap pagi iaitu Malaysia cegas..sebelum itu kami sempat solat subuh berjemaah walaupun masing-masing keletihan..kami dihadiahkan beberapa pujian daripada En.Hisyam tetapi lumrah kehidupan..tiada apa yang kekal..seketika kemudian selepas dipuji terpapar pula satu-satu kelemahan kami..daripada senyum bertukar kepada tengkingan keras sehingga salah seorang dari kami direndam di dalam kolam akibat daripada kelancangan mulut sendiri..Malaysia cergas pagi itu betul-betul membuat kami cergas..selepas selesai semua kami bersarapan dan kali ini kami dengan berhati-hati melakukan sesuatu..kami aplikasikan segala yang diajar agar kesilapan yang lalu tidak akan berulang ..satu-satu nya moral yang ada bila mengingatkan aktiviti tiubing..fuh…bila membayangkan percikkan-percikkan air segala keletihan dan kepenatan hilang…dalam keghairahan untuk melakukan aktiviti tiubing, jadual aktiviti kami terpaksa diubah kerana peralatan yang ingin digunakan tidak mencukupi..jadi untuk pagi ini kami melakukan aktiviti menjelajah Gua Kandu…satu-satu nya barang yang aku bawa adalah sapu tangan yang digunakan untuk menutup mulut dan hidung bagi mengelakan debu masuk ke hidung dan paru-paru yang boleh mengakibatkan batuk kering…pada fikiran ku aktiviti ini tidak mengambil masa yang lama kerana gua nya tidak lah kelihatan terlalu besar jadi aku tidak membawa sebarang bekalan air..malangnya penjelajahan Gua Kandu ini memakan masa hamper 3jam dengan keadaan yang kering dan penuh berdebu membuatkan aku cepat berasa dahaga..mujur ada miss Amy…diperhentian terakhir miss Amy bermurah hati memberi kami sdikit air kerana kami kelihatan amat dahaga..kami berhenti di situ agak lama melepaskan penat lelah sebelum berpatah balik untuk pulang ke kem..di setiap perhentian yang membolehkan aku duduk dan berehat pastinya aku akan tertidur tanpa aku sedari kerana keletihan yang amat sangat..aku akan terlayang seketika dek kerana keadaan didalam gua yang sejuk dan tenang..aku melayan seketika penat ku ini..tiba-tiba aku tersentak kerana pada fikiran ku aku sudah jauh ketinggalan dari yang lain..bingkas aku bangun dan cuba untuk tidak tidur semula..setelah penat lelah kami hilang kami memulakan pergerakkan balik..perjalanan balik tidak selama perjalanan masuk…tidak lama kemudian kami sampai di luar gua…sementara menunggu lori sampai kami sempat berehat dan melelapkan mata tuk seketika…tidak sempat kami diulit mimpi lori yang ingin membawa kami pulang pun sampai..bergegas kami menaiki lori dan pulang ke kem…setibanya di kem kami membuat persiapan untuk makan dan solat…selepas selesai solat kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti tiubing yang diiringi oleh En.Selamat..detelah semua persiapan lengkap kami melapor bersedia untuk melakukan aktiviti…siap melapor kami bergerak ke tapak permulaan untuk melakukan aktiviti tiubing…peserta lelaki pergi dahulu untuk membuat persiapan tempat..lori tidak dapat memuatkan kesemua peserta kerana kebanyakkan ruang digunakan untuk mengisi barangan…lori tersebut terpaksa membuat perjalanan ulang alik sebanyak dua kali..apa yang bagusnya,pemandu lori tersebut tidak pernah bersunggut jika di minta untuk berulang alik mengangkut barang mahupun peserta..setelah kami tiba di tapak permulaan…kami diajar cara untuk menyelamat menggunakan ‘throw lane’ oleh En.Shone…setiap peserta dikehendaki membuat percubaan hingga Berjaya…selepas itu kami diajar beberapa cara lain jika berlakunya kecemasan…antaranya adalah ‘timber roll’ yang mana ia diperlukan apabila kita terjatuh dari pelampung dan ingin ke tebing sungai…selain itu kami juga diajar untuk mengendalikan pelampung..setelah semua peserta melakukan praktikal singkat kami dilepaskan satu persatu dan beberapa orang yang dipilih pula mengendalikan kayak…satu aktiviti yang amat menyeronokkan tetapi agak bahaya kerana permukaan sungai yang berbatu-batu…pengendaliannya perlu cermat dan berhati2..akibat daripada arus deras dan pengendalian yang kurang cekap punggung aku terhentak pada batu…aduh….sakitnya masa itu Tuhan sahaja yang tahu…diatas pelampung itu aku mengeliat menahan sakit…mujur hentakan tidak telalu kuat dan tidak mengenai bahagian yang tidak mempunyai ‘absorber’…jadi aku tidak mengalami kecederaan serius…ptg itu kami semua puas bermain air kerana semasa di kem kami tidak mempunyai masa yang cukup untuk mandi…jadi sementara peluang di depan mata kami menggunakan peluang tersebut dengan sebaik-baik mungkin…di check point kedua terakhir kami berhenti agak lama..disitu kami mengambil peluang untuk bermesra dan mengeratkan silaturahim antara kami..kami bermain air sepuas-puasnya…niat hati ingin bergurau bersama fesi tapi niat tersebut aku kuburkan kerana takut disalah ertikan sebagai kurang ajar atau tidak menghormati…setelah puas bermain air kami meneruskan aktiviti..bermula dari situ kami dapat melihat pelbagai jenis aktiviti yang dilakukan oleh orang kampong disitu..ada yang memanfaatkan sungai dengan sebaiknya dan ada juga yang tidak menghargai dengan melakukan aktiviti tidak bermoral..terkejut mereka apabila kami lalu beramai-ramai…tidak lama kemudian kami sampai ke perhentian terakhir yang terletak bersebelahan dengan tapak perkhemahan kami…kemudian kami naik untuk membersihkan diri dan membuat persiapan menanti malam menjelang…kami makan dan solat bersama-sama..selepas solat kami membuat sedikit postmoterm mengenai aktiviti yang kami lakukan hari ini..posmoterm tidak berjalan terlalu lama…tiba-tiba semua yang tidak memakai stokin dipanggil keluar..kami diberi masa 2minit untuk pakai stoking dan berkumpul semula..kemudian siapa yang hafal lagu tema diasingkan daripada yang tidak hafal..teruk kami dimarahi malam itu ..aku tergolong dalam golongan yag hafal lagu walaupun pada hakikatnya aku hanya hafal separuh..kami yang hafal lagu direndam dalam sungai bersebelahan tapak perkhemahan kami sementara yang belum hafal lagu Berjaya menghafal lagu..aku tidak salahkan fesi dan pensyarah kerana bagiku itulah cara paling berkesan..mereka tahu kasih saying sebagai seorang sahabat diantara kami amat kuat..sahabat mana yang sanggup melihat sahabatnya yang lain dihukum atas kesalahan dirinya..jadi yang tidak dihukum diletakkan dalam keadaan tertekan dan cuba sehabis baik untuk melepaskan sahabatnya dari hukuman..1-1nya cara yang berkesan..jika yag melakukan kesalahan dihukum ia tidak akan memberi apa-apa kesan..setelah semua Berjaya enghafal lagu ami di bawa naik dan dikumpulkan..kami diberipesanan terakhir sebelum diberi rehat..kami semua di beri rehat selepas penat seharian melakukan aktiviti-aktiviti lasak…sebelum tdo kami diingatkan oleh penghulu mengenai jadual sentry..untuk malam ini kumpulan aku perlu berjaga sehingga jam 2pagi..kami memulakan tugas membuat kawalan sehinggalah jam menunjukkan tepat pukul2 pagi..apabila sudah ada pengganti kami semua pulang ke khemah masing-masing untuk tidur….


MEMORI YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN…..

Fuh...permulaan hari yang baik dan menceriakan setelah beberapa hari tidak dapat berehat akhirnya diberi juga kesempatan kepada kami seperti memahami kepenatan yang kami alami ataupun sengaja memberi kami rehat yang secukupnya untuk kami menghadapi aktiviti yang paling mencabar iaitu ikhtiar hidup…semuanya hanya pensyarah dan fesi sahaja yang tahu…pagi ini seperti biasa dimulakan dengan solat subuh berjemaah kemudian diikuti pula oleh Malaysia cergas..ha kali ini senaman yang dilakukan banyak menggunakan otot perot dan muka…manakan tidaknya senaman pagi ini dikelola oleh Mohd Syafiq atau lebih dikenali dengan nama Bulat…gelagat beliau sungguh mencuit hati setiap peserta dan fesi-fesi yang hadir pagi itu..beliau membuatkan pagi kami semua bermula dengan penuh keceriaan…selepas itu kai semua bersarapan dengan sepantas yang mungkin kerana masing-masing tidak lagi sabar untuk melakukan aktiviti masing-masing...dalam pada berkejar untuk melakukan aktiviti kami tidak lupa akan adab di tempat makan..kami menunggu semua rakan-rakan tiba dan menjemput semua fesi dan pensyarah untuk turut bersarapan bersama-sama kami…selepas selesai bersarapan dan mengemas semua peralatan yang digunakan kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti masing-masing…kumpulan aku akan membuat aktiviti menjejak di sebelah pagi dan kemudiannya aktiviti ikhtiar hidup..untuk aktiviti ini kami dibantu oleh En.Selamat…kumpulan aku terletak di dalam satu kumpulan besar yang di beri nama gunung Ledang dimana ianya terbahagi kepada 2 kumpulan sederhana yang diberi nama Bukit Melawati dan Bukit Kepong…didalam setiap bukit itu pula mempunyai 2 kumpulan kecil yang diberi nama Sungai..Sungai aku diberi nama Sungai Langat…setiap kumpulan kecil diberi 3 penanda dimana jumlah jarak mestilah melebihi 170m dan kurang daripada 230m…kami diberi masa 40minit untuk mencari jarak dan bearing setiap penanda..selepas 40minit kami berkumpul semula..sebelum bertukar maklumat kami disuruh membuat sorakan kumpulan dalam masa 3minit..masa yang diberikan betul-betul mendesak kami untuk mengunakkan pemikiran yang kritikal dan paling kreatif untuk membentuk sebuah sorakan dan setiap kumpulan perlu mempamirkannya dalam keadaan yang paling menarik dan bersemangat…fuh nasib sekali lagi menyebelahi ku kerana tidak menjadi kumpulan yang paling tidak bersemangat..jika ku kirakan balik ia tidak juga dikatakan nasib kerana setiap ahli kumpulan ku ini sememangnya insan-insan yang sentiasa bersemangat dan melakukan yang terbaik dalam apa jua tugasan yang diberikan walaupun menyedari kekurang kekuatan ahli..namun itu tidak menjadi alasan untuk kami tidak melakukan yang terbaik kerana kumpulan yang Berjaya tidak akan mencari alasan sebaliknya akan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian…selepas itu kami bertukar maklumat dengan kumpulan lain dan mula menjejak setiap petanda yang ada..sekali lagi berlaku kesilapan teknikal mungkin kerana kekurangan pengalaman...bearing yang kami cari lari sedikit dari kedudukan asal dan kumpulan aku menjadi kumpulan terakhir yang habis…selepas itu kami membuat postmoterm dan daripada aktiviti yang singkat itu pun banyak nilai yang kami perolehi…selepas itu aktiviti yang mencabar daya tahan fizikal dan mental pun bermula iaitu ikhtiar hidup..kami semua berkumpul di dalam khemah pusat untuk mendengar talimat daripada En.Shariman..kami diberitahu apa perkakas yang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa..segala barangan yang tidak boleh dibawa perlu dikeluarkan dan diserahkan kepada pensyarah bertugas..dan hanya keperluan-keperluan yang betul-betul asas sahaja yang dibenarkan bawa temasuk sejadah..untuk keperluan lain kami di beri RM950 untuk membeli barangan yang kami rasakan perlu..pada awalnya nilai RM950 itu kedengaran seperti terlalu banyak tetapi setelah EN.Shariman mengeluarkan sebut harga barang-barang nilai RM950 itu seperti RM9.50..manakan tidak nya jika harga sebiji telur pun sudah mencecah RM50 tidak termasuk lagi mancis yang mengandungi hanya 3 batang anak mancis bernilai RM50…segala yang kami bayangkan merosot jauh sekali..situasi yang diberikan jauh lebih sukar daripada yang kami jangkakan..selepas selesai semua kami direndam didalam sungai bersebelahan tapak perkhemahan kami..dari fikiran negatifnya kami direndam untuk mengelakkan daripada barangan terlarang yang kami bawa terselamat bersama kami tapi dari sudut positifnya ia bertujuan untuk mengelakkan kami daripada terhidrasi kerana air yang dibekalkan terlalu sedikit dan cuaca yang panas..cara ini turut membantu kami menyejukkan badan dan mengurangkan kadar kekeringan air dalam badan…selepas itu kami mula bergerak keluar daripada kem..matahari sudah terpacak di atas kepala bermaksud jam menunjukkan jam 12..dalam cuaca panas terik kami bergerak ke tempat yang ditetapkan dengan berjalan kaki sambil mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar untuk memasak dan untuk menghadapi malam yang gelap nanti..kami membawa bersama kami sepasang PFD..2bilah parang..sepasang mestin,beg..sejadah..telekung..3 butir fire starter..sedikit garam dan beras..3batang anak mancis dan 2 botol air mineral…itu sajalah kelengkapan yang diberikan untuk keperluan 6orang yang terdiri daripada 3lelaki dan 3perempuan(aku,muizz,,budin,,anat,,aminah dan nia)…dalam perjalanan ke tapak ikhtiar hidup kami mengumpulkan seberapa banyak kayu api yang boleh..aku sempat memikul 2 batang kayu kering yang agak besar dan panjang dan ahli-ahli kumpulan ku yang lain memunggut setiap kayu-kayu kering yang dijumpai…agak jauh perjalanan kami akhirnya sampai jua ke destinasi..kumpulan aku bernasib baik kerana mandapat tempat yang agak strategik dibawah sepohon pokok..setelah meneliti keadaan tempat aku selaku ketua kumpulan memilih tempat-tempat yang perlu diterangkan untuk kami duduki dan mengagihkan tugasan-tugasan kepada setiap ahli kumpulan…langkah pertama kami membina perlindungan..kami menyangkut flysheet 6x9 di atas dahan pokok dan mengikatnya membentuk A shape…kemudian kami menebas semak samun yang berada dalam lingkungan 10m persegi dari sekitar tempat perlindungan kami..setelah siap kami memperkemaskan keadaan khemah kami dan membuat pagar atau perimeter…setelah siap 2orang daripada kami keluar meninjau keadaan sekeliling mencari air dan keperluan yang lain jika ada dan yang tinggal cuba untuk menghidupkan api..kami mengali ludang untuk dijadikan tempat untuk membuat unggun..satu di luar dan satu lagi di dalam takut-takut jika hujan bara akan terpadam dan itu akan menyulitkan lagi keadaan kami…setelah unggun Berjaya dihidupkan kami memasak bubur yang dicampur dengan sedikit garam untuk dijadikan bekalan malam nanti..setelah ahli kami yang pergi membuat tinjauan tadi pulang dan bersolat aku bersama seorang lagi teman keluar untuk mengambil wuduk dan mencari batu untuk dijadikan penghadangdi sekeliling unggun kerana takut api menyambar daun-daun kering yang ada di persekitaran kemudian aku dan teman ku pulang untuk bersolat…setelah selesai bersolat aku bersama rakan-rakan yang lain memperelokkan keadaan tapak perkhemahan kami dan memperkukuhkan lagi perlindungan yang ada sementara hari masih terang…dalam leka membuat kerja masa pun semakin berlalu..perot pun semakin kuat berbunyi..air yang dijanjikan tidak tiba-tiba lagi..mengikut keterangan yang diberikan air untuk berwuduk akan dibekalkan namun setiap fesi dan pensyarah yang lalu dan datang melihat dengan tangan kosong..sebelum terlambat kami membuat keputusan untuk mengambil bekalan air seberapa banyak yang boleh dari tasik untuk malam nanti…aku sekali lagi keluar mencari barang makanan dan mengambil bekalan air…makanan yang dijumpai hanya lah betik muda dan aku amat kami amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk mengalas perot…dalam perjalanan pulang aku sekali lagi terserempak denga En.Selamat dan beliau memberitahu bahawa tiada lagi pergerakkan keluar selepas daripada ini…betik yang dijumpai itu kami rebus dan sementara masih ada cahaya di kaki langit kami mengumpulkan kayu-kayu kering yang berada di sekeliling kami..mentari makin menghilang..kegelapan malam menyelubungi kami tetapi segala persediaan telah kami lakukan..kami duduk berkumpul disekeliling api dan 2atau3 orang diantara kami bergilir-gilir membuat sentri…yang penat berehat seketika dan setelah hilang penat kembali semula melakukan tugasan sentri..untuk menghilangkan kebosanan dan tidak terlalu melayan perasaan lapar,dahaga dan penat kami berbual-bual dan bergurau senda yang berbatas untuk melekakan kami..ada yang menceritakan pengalaman..dalam asyik kami bercerita tiba-tiba kami teringat bahawa kami masih belum menjalankan tanggungjawab kami sebagai hamba..agak lama kami menunggu bekalan air wuduk namun tidak juga sampai-sampai..pada asalnya kami tidak mahu menggunakan air minuman tapi setelah yakin bahawa air tersebut tidak akan sampai kami berwuduk menggunakan air minuman yang tinggal..setelah siap bersolat kami menyambung semula aktiviti kami..dalam kebosanan dan kelaparan yang melanda aku sempat menganyam ketupat dan dijadikan hiasan..tidak lama kemudian datang dua orang pemuda yang tidak dikenali dari arah gelap..aku memberi password ‘burung…..’sebanyak 3x kali kemudian salah seorang dari mereka menjawab ‘malam’…mereka datang melihat keadaan kami kemudian mereka berbisik..aku cuba untuk mencuri dengar manalah tahu ada kesilapan yang kami lakukan tapi gagal..sebelum beredar mereka berpesan supaya menambah lagi kayu api..kemudian aku mencari kayu api yang ada berdekatan sambil membuat sentri…agak lama kami tidak dilawati oleh mana-mana fesi mahupun pensyarah…aku berehat awal bersama anat kerana kepenatan manakala am menjaga api,budin dan muiz melakukan sentri..am penjaga api terbaik kumpulan aku kerana apabila aku sedar dari tidur kelihatan api yang cukup terang menerangi seluruh tapak perkhemahan kami..=)aku bangun untuk mengantikan rakan ku yang masih belum berehat..aku bangun diikuti oleh anat..anat menyambung kerja am sementara am berehat dan aku pula melakukan sentry dan mencari kayu api..anat tidak kurang baiknya..dia mempunyai kegigihan yang tinggi..walau apa cara sekali pun dia cuba untuk tidak membiarkan api terpadam..setia menunggu walaupun bahang api membara..budin pula tekun dan teliti membuat kerja..dia tidak akan mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya dan sentiasa mahu menghasilkan yang lebih baik..muizz pula rajin dan sentiasa berdedikasi melakukan kerja…nia pula seorang yang sangat rajin..walaupun dia agak bising tapi itulah yang menjadi penghibur kami sepanjang kem..gelak tawa setiap ahli kumpulan aku menjadi pengubat segala kepenatan yang aku rasai…penat lelah tidak lagi aku rasakan setelah melihat keceriaan dan kegembiraan di riak wajah mereka…kerja ku sebagai seorang ketua juga menjadi lancar dan mudah apabila mendapat anak-anak buah seperti mereka….malam kami seperti tiada penghujung…cahaya matahari tidak lagi memunculkan diri…puas aku mencari kayu api kerana keadaan sungguh terdesak..bekalan kayu api kami berkurangan…muizz tiba-tiba terjaga dan menggantikan tugasan aku membuat sentri..aku membantu anat mencari kayu api kemudian menghidupkan semula unggun api yang hampir terpadam..sedang aku leka menghidupkan api tiba-tiba kedengaran muizz menyebut ‘burung..’ beberapa kali namun tiada respon…selang beberapa ketika kelihatan sekumpulan pensyarah dan fesi menuju ke arah khemah kami dalam keadaan tergesa-gesa diketuai oleh En.Shariman..tiba-tiba peha aku ditepuk.. ‘kejutkan membe ko..’aku berpaling kearah budin dan tidak sempat aku mengejutkan dia..budin telah diangkat ke tengah padang..aku berlari mendapatkan mereka..salah seorang fesi berkata kepada ku… ‘ko nk ape..nape ko xkejut dia tadi..ko xsayang ahli grup ko kan..dah-dah g balik kat khemah ko..’dalam nada separa marah aku berkata ‘dia baru rehat encik gantikan saya tadi..dia dah lama berjaga..dia baru je tido…’ fesi tersebut tetap berkeras menyuruh aku kembali ke khemah…sakit hati ku ini melihat anak buah ku di perlakukan sebegitu rupa namun aku tidak terdaya kerana jika melawan takut disangka tidak menghormati pendidik namun bukanlah itu niatku..tidak pernah terlintas pun di hati ku untuk menentang orang-orang yang mendidik ku..aku Cuma ingin melindungi dan menjaga anak-anak buahku…akibat keletihan budin tidak sedar dia telah dibawa ke tengah padang..setelah tersedar dia terpingga-pingga kemudian dia dibenarkan kembali ke khemah kami…parang yang aku selitkan di bawah peha semasa menjaga api tadi dirampas..sejadah dan kedua-dua PFD kami turut di rampas atas alasan tidak mengunakan dengan betul..PFD kami di jadikan bantal untuk menambah keselesaan semasa tidur..itu boleh diterima lagi tapi apa alasan sejadah kami di rampas sedangkan ianya tersidai rapi di dahan pokok…khemah kami dibuka kerana kesilapan kami membuat unggun api di bawah khemah..tapi sebelum membuat khemah tersebut aku membuat kira-kira api unggun tersebut tidak akan membakar khemah kami jadi kami membuatnya mengikut ketinggian yang sesuai dan pengudaraan yang baik..tapi walau semua itu di ambil kira ia tetap salah..pada asalnya unggun di buat di luar khemah tetapi sedang kami memasak bubur tiba-tiba hijan turun dengan lebatnya…jadi kami membawa masuk bara yang masih menyala ke bawah khemah dan menyambung kerja-kerja memasak..pada fikiran kami tindakan tersebut tidak salah jadi kami terus membuat unggun..kejadian mala mini menyedarkan kami bahawa tindakan kami salah dan orang yang patut dipersalahkan adalah aku kerana aku merupakan ketua kumpulan dan aku bertanggungjawab ke atas semua perkara yang mengaitkan anak buah ku..kami dituduh mementingkan diri kerana tidak menjaga semua barangan yang melindungi dan membantu kami dalam meneruskan hidup di dalam aktiviti ikhtiar hidup ini..paling memedihkan apabila kami dituduh sengaja mahu membakar flysheet yang digunakan untuk membuat khemah..sebagai hukuman kami disuruh membuat scrum di sekeliling ungun api..perh…panas sungguh bahang api yang berada betul-betul di hadapan muka ku ini..berair-air mata kami menahan panas..kami disuruh untuk meminta maaf daripada flysheet di ketuai oleh aku.. ‘maafkan kami flysheet..kami janji tidak akan buat lagi…’yang kelakarnya flysheet tersebut boleh bercakap dan berdialog dengan kami..aku hampir tergelak tapi perasaan tersebut diatasi oleh perasaan marah,sakit hati dan bersalah..aku marah dan sakit hati kerana aku sudah mengaku semua itu adalah kesalahan ku tapi mengapa harus memperlakukan rakan-rakan ku sebegini rupa…aku rasa bersalah pada rakan-rakan ku kerana tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk menyelamatkan mereka..juga pada barang-barang yang aku tidak hargai..aku hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja tanpa menjaga ‘mereka’ dengan baik…aku ditarik keluar dari kumpulan..kata mereka yang menyerbu khemah ku,aku ini virus yang merosakkan kumpulan..aku redha dengan segalanya asalkan semua anak buah ku selamat..sekali lagi kami di Tanya idea siapa untuk membuat pagar..tiba-tiba aku dan budin menjawab serentak..’saya…!’jadi ada percanggahan disitu..sekali lagi aku dibawa ketengah sebagai pesalah yang ingin dibicarakan di hakimi oleh En.Hisyam..En.Shariman sebagai peguam cara,rakan-rakan ku sebagai saksi dan pensyarah dan fesi yang len sebagai juri…aku dibenarkan membela diri..setiap pernyataan yang dikeluarkan oleh saksi dan aku seolah-olah dimanipulasi..aku dituduh mementingkan diri dan apabila aku terus membela diri aku dituduh pula ingin meletakkan kesalahan pada anak-anak buah ku…bagi aku ia seperti suatu penghinaan apabila seorang ketua meletakkan kesalahan di atas bahu anak buahnya…aku tetap dengan pendirian ku membela anak-anak buah ku dan akhirnya hakim tidak dapat membuat kata putus..menurutnya keputusan tidak dapat dibuat kerana aku Berjaya menimbulkan keraguan dalam kes ini jadi untuk sementara waktu ini aku ditahan dan di bawa pergi..puas sudah segala yang rakan-rakan ku termampu lakukan untuk mempertahankan aku dan tidak membiarkan aku di bawa pergi tapi apakan daya kuasa bukan di tangan mereka..betul macam mana pun mereka tapi jika fesi dan pensyarah ingin membawa aku pergi tiada seorang pun di antara kami yang mampu berbuat apa-apa…aku berasa sedih dan marah pada ketika itu..sedih mengenangkan keadaan anak-anak buahku yang akan menhadapi kegelapan malam itu tanpa satu barang-barang keperluan..yang tinggal hanyalah sebilah parang..pada mulanya aku berkeras untuk tidak berganjak meninggalkan anak-anak buahku namun setelah ditarik oleh fesi aku terpaksa membuka langkah ku dengan hati yang berat meninggalkan anak-anak buahku...aku pergi meninggalkan mereka dikala mereka dikala mereka ditimpa musibah dan kepayahan..perasaan bersalah menyelubungi diri ku..sepanjang perjalanan aku bermuram durja..sentiasa memikirkan bagaimanakah keadaan anak buahku tanpa memikirkan apa yang bakal aku hadapi kerana manjadi ‘virus’ di dalam kumpulanku….aku dibawa ke kem PLK…aku diminta untuk tunggu seketika disuatu sudut..aku hanya menurut apa yang disuruh..selang beberapa minit aku dipanggil..aku disuruh untuk tinggal bersama PLK yang mana salah seorang ahli kumpulan mereka menerima nasib yang lebih kurang sama dengan aku…menurut En.Hisyam aku hanya dibenarkan untuk tidur sahaja..tidak boleh melakukan sebarang kerja…ketua mana yang mampu tidur setelah meninggalkan anak-anak buahnya yang berada dalam kesusahan...fikiran ku melayang memikirkan anak-anak buah dan segala yang berlaku ku kenang kembali dan cari dimana silap diri ini kerana kata orang segala yang berlaku berpunca dari diri kita sendiri…pada mulanya memang hati ini marah tidak terkata tetapi setelah hati mula tenang dan fikiran kembali waras aku menyedari segala yang dilakukan kepada diriku dan rakan-rakan adalah bertujuan untuk mendidik kerana pada situasi sebenar ianya pasti lebih dasyat..kerana pensyarah dan fesi sayangkan kami lah mereka terpaksa berbuat begitu…aku terlalu asyik melayan perasaan hingga tidak perasan salah seorang ahli PLK merenung ku tajam..aku berpaling dan menegurnya ‘encik…’ lalu dia bertanya kepada ku ‘kenapa ko ada kat sini..mana dorg bawak kawan aku tu…dorang tadi tinjau-tinjau ape…’ aku hanya mampu menjawab tidak tahu…pandangannya seolah-olah aku melakukan kesalahan…kasihan juga aku melihat stokingnya dibakar kerana dia tidak memakai kasut…bagiku dia tidak patut marah kerana ia akibat dari kesalahan dirinya sendiri..pensyarah berbuat begitu kerana ingin mengingatkannya dan untuk keselamatan..takut-takut jika ada haiwan berbisa…En.Hisyam singgah sekali lagi dan mendapati aku masih belum tidur..lalu dia pun berkata ‘nape tak tidur lagi ni..aku suh ko tidur kan..’ aku menjawab ‘saya tak ngantuk encik…’ dia berkata lagi ‘biar betul dari tadi aku tgk ko je wat keje xkan tak letih kot..ko amik ais ea…meh ikut aku’ aku mendiamkan diri dan mengikut sahaja kemana mereka bawa..tidak lama kemudian aku sampai ke sebuah lg khemah PLK..kali ini ahlinya terdiri dari orang-orang lama..hanya seorang sahaja seperti orang baru..seorang fesi bertanya kepada mereka “ ni ‘barang’ amanah En.Hisyam..dia tak di benarkan wt pape keje kecuali tidur je..korang nk terima tak…” selepas mereka bersetuju untuk menerima aku fesi dan pensyarah pun berlalu pergi…kumpulan PLK kali ini lebih mesra..mereka mampu membuat aku yang sedang bermuram durja kembali tersenyum..pada awalnya aku disyaki sebagai ‘spy’ tapi setelah mengetahui keadaan sebenar barulah mereka percaya aku bukan lah yang mereka sangkakan…aku berkenalan dengan mereka..mereka diketuai oleh En.Lan..En.Lan paling ‘sempoi’…dia yang banyak membuat aku tergelak..bagi ku dia seorang ketua yang berwibawa…pandai menjaga dan mengambil hati anak-anak buah tidak seperti aku yang langsung tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak-anak buah ku..beza aku dengan En.Lan bagai langit dengan bumi…..aku duduk di situ sehingga pagi…apabila aku yakin sudah masuk waktu subuh aku pun bersolat kemudian kami minum teh bersama-sama…aku duduk melihat mereka menghias khemah mereka sehingga En.Shariman datang mengambil ku…aku terpegun melihat kreativiti mereka…segala teknik yang mereka pelajari mereka aplikasikan…tidak lama kemudian En.Shariman datang mengambil ku..selepas mengucapkan terima kasih kerana menjaga aku untuk separuh malam aku pun berlalu pergi bersama En.Shariman…dia membawa aku ke salah satu khemah rakan ku dari kumpulan lain..disana aku disuruh untuk menconteng muka ku dengan arang…kemudian En.Shariman mengarahkan aku untuk keluar ke tengah padang dan melarang aku untuk bercampur dengan mana-mana kumpulan mahupun pulang ke kumpulan aku sendiri…katanya “saya nak awak lead rombongan ni untuk balik ke tapak perkhemahan…”apabila sampi di tengah padang aku dapat melihat wajah-wajah ahli kumpulan aku…itu cukup untuk mengembalikan keceriaan ku…banyak yang aku ingin bertanyakan dan ingin aku ceritakan dengan mereka…setelah semua kumpulan siap berkemas aku mendahului membawa mereka pulang…kami berjalan kaki bersama-sama..akibat kepenatan dan kelaparan yang melanda pergerakkan kami terpaksa diperlahankan kerana ada diantara kami tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk bergerak laju…bak kata orang biar lambat asal selamat akhirnya kami selamat sampai ke destinasi iaitu tapak perkhemahan pusat…sampai sahaja di sana kami dikumpulkan di suatu tempat untuk membuat postmoterm mengenai aktiviti ikhtiar hidup..setiap kumpulan merti menghantar seorang wakil untuk menceritakan tentang pengalaman kumpulan masing-masing kecuali aku yang perlu menceritakan pengalaman secara individu…setelah selesai postmoterm kami dibenarkan makan…fuh nikmat sungguh…bubur yang disediakan untuk kumpulan kami dihabiskan oleh aku berasa seorang lagi rakan…masing-masing memenuhkan perut dengan sepenuh-penuhnya..mengqada’ waktu makan yang terlepas sewaktu ikhtiar hidup…=)



ILMU BARU..TUGASAN BERAT …..???=)

selepas selesai makan kami menyambung semula aktiviti mengikut bukit masing-masing…bukit aku membuat aktiviti halangan tali rendah….untuk aktiviti ini kami di bantu oleh En.Iryanto juga merupakan seorang yang cukup aku kagumi…mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam OUTDOOR dan juga seorang yang merendah diri…bagi ku dia seorang yang sangat penyabar dan tidak lokek ilmu…sentiasa memberi tunjuk ajar walaupun kepada anak didik yang berat mulut untuk bertanya…tugasan pertama kami adalah..kami diberi seutas tali setiap satu sungai dan kami dikehendaki untuk mengikat tali tersebut pada pokok-pokok yang ditetapkan kerana En.Eto mahu melihat sejauh mana kami menguasai teknik-teknik ikatan..semasa ingin membuat ikatan ke pokok kedua aku dipanggil oleh En.Eto bersama kaci…dia menyuruh kami melihat sahaja anak-anak buah kami membuat ikatan..selepas beberapa ketika melihatkan mereka masih lagi belum dapat menyiapkan ikatan barulah kami diberi masa untuk membantu anak buah masing-masing…setelah siap En.Eto memeriksa hasil kami dan mengajar kami cara baru untuk menegangkan tali tanpa mengunakan tenaga yang banyak…kemudian kami mengikat tali pada pokok yang dipilih sebagai check point sebenar menggunakan cara ikatan yang di ajar oleh En.Eto…setelah siap mengikat tali kami bergilir-gilir mencuba melepasi halangan tali rendah ini…masa yang kami ada tidak terlalu lama kerana kami pulang dari aktiviti ikhtiar hidup agak lewat…selesai sahaja kami membuat aktiviti halangan tali rendah kami melapor dan menyalin pakaian untuk makan tengah hari dan bersolat…selesai bersolat tiba giliran kumpulan aku untuk membuat kraf perkhemahan..kerja kami tidaklah sukar kerana kumpulan-kumpulan sebelum ini telah melengkapkan kesemuanya..tugasan kami hanyalah memastikan semua berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi…kami mengemas mana-mana yang kami rasakan tidak kemas…kemudian Puan Ain memanggil kami dan memberitahu kami bahawa banyak makanan yang telah tersedia dan bila-bila kami lapar beliau amat alu-alukan kami datang menjamu selera di dapur…semua ahli bukit ku yang lelaki melakukan tugasan penyenggaraan manakala perempuan pula membantu di dapur…kadang kala kami berhenti untuk berehat dan minum air…bagiku Puan Ain melayan kerenah kami seperti seorang ibu melayan anaknya..seorang yang sangat baik..selalu member nasihat dan tunjuk ajar kepada kami…jarang sekali aku melihat beliau marah dan oleh kerana sifat beliau kami semua amat menghormati beliau..kemudian kami membuat persediaan bagi menerima kedatangan malam..kami pastikan semua lampu menyala dan generator berfungsi dengan baik…setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan baik kami bersiap sedia untuk bersolat dan makan malam…selepas makan malam kami semua berkumpul di luar khemah pusat…Miss Amy membuat pengumuman akan menukarkan penghulu dan penghuluwati….aku dipilih untuk jawatan penghulu manakala Izzati pula menjadi penghuluwati…maka bermulalah tugasan yang amat berat disandangkan di atas bahu aku…aku nekad untuk cuba melakukan yang terbaik…kemudian kami diminta untuk masuk semula ke dalam khemah pusat untuk aktiviti seterusnya…pada mulanya kami disuruh untuk membaca buku…menurut Puan Ain kami akan menjawab ujian sebentar nanti…kemudian kami disusun mengikut jantina..lelaki di satu kawasan manakala perempuan disatu kawasan…tiba-tiba kami disuruh bermain permainan yang dipanggil goreng pisang…lelaki menentang perempuan…lelaki mendahului pada mulanya..ketika suasana sedang hangat tiba-tiba permainan diberhentikan oleh En.Azizul…kami dikumpul semula untuk membuat postmoterm…setiap orang yang dipanggil akan menceritakan pengalaman yang mereka lalui sepanjang mereka disini..akibat keletihan ramai diantara kami yang tertidur…. Setelah beberapa kali diberi amaran namun masih ada yang tidur..En.Azizul naik berang dan kami semua didenda bediri posisi squad….agak lama kami dibiarkan sebegitu…atas belas ihsan Puan Ain kami dibenarkan duduk…kemudian kami menyambung semula aktiviti postmoterm..dalam kelekaan mendengar pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan ada yang tertangkap kerana tertidur..dua orang dan kedua-duanya adalah lelaki…seorang disuruh melakukan tarian tiang dan seorang lagi menyanyikan lagu siam..dalam kegamatan suara rakan-rakan lain yang ghairah untuk menyaksikan tarian tiang tiba-tiba keluar satu suara “O00oooo0ooo0o0o0deng….”semua terdiam seketika dan melihat kearah suara tersebut…kemudian kesunyian tadi dipecahkan dengan dekahan gelak tawa…. Selepas aktiviti postmoterm kami dihidangkan dengan mee dan air milo…kemudian pensyarah menyerahkan segala urusan pentadbiran kepada ku dan mereka mengharapkan aku dapat mengurus dengan baik supaya semuanya berjalan dengan lancar…

Pada mulanya aku hanya membahagikan kerja pada bukit yang mendapat tugasan sentri sahaja dan yang lain ku beri masa untuk berehat kerana memerlukan tenaga mereka untuk esok hari tetapi memandangkan pensyarah mahu segalanya selesai menjelang pagi aku terpaksa mengejut semua peserta lelaki dan Izzati mengejut peserta perempuan…setelah beberapa kali dikejut pun tetap tidak bangun aku nekad meruntuhkan semua khemah penempatan kecuali khemah sakit…setelah semua khemah diruntuhkan barulah mereka bangun tetapi masih ada lag peserta perempuan yang masih tidak bangun ..dalam hati ku berkata “astarfirulllahalazim tidur mangalahkan lelaki…lelaki pun dah bangun semua…” aku hanya mengarahkan mereka mengemas khemah penempatan dan barang-barang mereka kemudian kumpulkan di khemah peralatan..pada siapa yang mengantuk mereka boleh menyambung tidur di dalam khemah pusat sementara menanti subuh…keras-keras mereka pun tapi akhirnya menurut jua..kasihan juga aku melihat mereka..membuat kerja dalam keadaan mamai dan mengantuk…di dapur kelihatan beberapa orang telah tewas dan terbaring…dan beberapa orang yang masih lagi menguatkan semangat membuat persediaan untuk peserta yang pergi membuat aktiviti ikhtiar hidup dan sarapan pagi..penghuluwati sunguh sibuk kesana kemari menguruskan dapur dan peserta perempuan…tidak lama kemudian kumpulan yang membuat aktiviti ikhtiar hidup pun pulang…kami menghidangkan mereka dengan bubur dan air teh…selepas semua selesai kami menunaikan solat subuh dan seperti biasa kami akam melakukan Malaysia cergas…


PERMULAAN HARI YANG BAIK…=)KEBERANGKATAN PULANG…=(

pagi ini kami mnyanyikan lagu tema iaitu Gemuruh dengan penuh bersemangat berserta dengan gaya yang di ketuai oleh Mohd Rahimi Bin Ramli…kemudian aktiviti senaman kami di ambil oleh Bulat dan Tuan…pagi ini sekali lagi kami disajikan dengan gelagat dan telatah yang mencuit hati….selesai senaman daripada Bulat dan Tuan,Affan pula mengambil alih..membuat permainan yang memecahkan kebosanan pagi ini..selepas semua selesai kami semua bersarapan..kemudian aku mengagihkan tugasan-tugasan untuk mengemas segala peralatan dan membuka semua khemah serta pendawaian yang ada untuk bersiap pulang ke Shah Alam…oleh kerana separuh persiapan telah dibuat malam tadi kerja-kerja kami pagi ini menjadi mudah…tidak sampai sejam kami Berjaya menyiapkan semua kerja termasuk mengira barang…barang-barang yang tidak cukup kami cari dan minta semula pada yang meminjam dan ada juga yang kami salah letak namun semuanya cukup….sementara menunggu bas dan lori tiba,kami mengemas kawasan sekeliling tapak perkhemahan…kami pastikan tiada sebarang sampah mahupun barangan yang tercicir…setibanya lori di perkarangan tapak perkhemahan kami bersama-sama memunggah semua barang-barang ke dalam lori ..untuk lori cawangan Jengka pula kami hanya masukan separuh sahaja barang kerana lori tersebut akan digunakan untuk mengangkut beg dan peserta untuk keluar dari tapak perkhemahan menuju ke bas…sekali lagi pakcik yang memandu lori tersebut terpaksa ulang alik dari luar ke tapak perkhemahan…sebelum menaiki lori kami membuat pertandingan cheers paling gempak dan bersemangat…Gunung aku menduduki tangga teratas dan di beri kelebihan untuk keluar dahulu tapi atas dasar tanggungjawab aku tunggu sehingga trip yang terakhir membawa anak-anak buah ku barulah aku keluar sekali bersama-sama dengan mereka…sebelum menaiki bas aku meminta semua ketua gunung untuk memeriksa bilangan anak-anak buah mereka kemudian apabila sudah cukup barulah mereka dibenarkan menaiki bas mengikut gunung masing-masing….aku menaiki bas mengikut gunung aku…apabila dapat sahaja tempat duduk aku pun terus terlena akibat keletihan…

Penghulu…penghulu…sayup-sayup sahaja kedengaran suara tersebut…sekali lagi aku terdengar..kali ini agak dekat..aku membuka mata dan keadaan sekeliling seperti biasa ku lihat…Ya Allah…aku terlalu asyik melayan penat ku..terlena hingga tidak sedar sudah sampai di Shah Alam…di hadapan ku kelihatan Puan Ain sedang tersenyum..mungkin keadaan kami tidur akibat kepenatan ini mencuit hati beliau…hati ku lega apabila kami sampai di Shah Alam seolah-olah kem sudah tamat walaupun pada hakikatnya masih banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu kami selesaikan…lori masih lagi belum tiba jadi aku mengarahkan semua peserta yang boleh bersolat untuk bersolat dahulu…selepas itu kami membawa barang-barang milik Shah Alam keluar dari lori…kerja yang berat menjadi mudah apabila semua orang memberi kerjasama..barangan Jengka yang dibawa keluar hanyalah yang ingin di basuh sahaja..selepas selesai memunggah barang,kami berkumpul untuk mendengar sedikit pesanan daripada En.Shariman…


MAJLIS PENUTUPAN DAN DINNER HARI RAYA(pecah tradisi)…!!!=)

kemudian kami dibenarkan untuk bersiap-siap untuk majlis penutup dan makam malam yang bertemakan ‘Hari Raya’..dalam kesibukan menjalankan tugas aku juga tidak terlupa membuat persiapan..malangnya selepas mandi baju melayu yang akan ku pakai untuk malam nanti tidak dapat ku temui…sedikit kekecewaan disitu setelah berniat ingin memecahkan tradisi diri ku selama 7tahun di pagi raya di atas katil tidak kesampaian…aku menyambung tugasan ku, sementara ada masa terluang aku meminta rakan-rakan perempuan ku untuk mencarikan baju melayu tersebut..walaupun pada ketika itu muka aku seperti tidak kisah tapi dalam hati tetap mengharap..begitulah perangai ku yang tidak dapat di ubah..orang ke5 yang aku minta tolong iaitu Am membawa perkhabaran gembira kepada ku..aku amat berterima kasih kepada Am kerana Berjaya menjumpai baju melayu aku..akhirnya niat ku di restui jua..dengan pantas aku menukar baju..barulah bersemangat untuk menghadiri majlis mlm ini..selepas menukar pakaian aku pergi ke kumpulanku yang sedang sibuk membuat persiapan persembahan untuk majlis penutup..tiap-tiap kumpulan sibuk membuat persiapan untuk memberikan yang terbaik malam ini..ketibaan VIP menamatkan segala persiapan..semua mengambil tempat duduk masing-masing…majlis pun bermula…semuanya berjalan dengan lancar..hati ku berasa amat lega apabila mendengar “dengan ini saya merasmikan majlis penutupan…” aku menghela nafas lega…selepas semua tetamu VIP berucap kami dijemput makan….selepas makan kami disajikan pula dengan persembahan-persembahan yang mantap dari setiap kumpulan…selesai semua kami pun mengemas tapak majlis..mana yang perlu dibuang kami buang…pada asalnya segala peralatan yang digunakan semasa perkhemahan perlu di basuh selepas majlis penutup tetapi setelah perbincangan bersama pensyarah dan pensyarah bersetuju untuk memberi kami rehat memandangkan kami baru sahaja menghadapi minggu yang memenatkan jadi kerja-kerja tersebut ditangguh esok..malam ini kami diberi rehat tapi tugasan sentri berjalan seperti biasa..En.Shariman memberi amaran supaya berjaga-jaga terutama sekali barang-barang dan keselamatan peserta kerana mungkin dia akan datang membuat serbuan ketika kami sedang leka…malam ini aku merancang untuk tidak tidur bagi mengawasi anak buah ku jangan ada yang terleka..kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan..jam menunjukkan jam3lebih..aku berasa amat letih..aku baring seketika di tangga untuk menghilangkan penat..sampai sahaja kepala ku ke lantai aku tidak sedarkan diri hinggalah jam5.30 pagi..


OPERASI MEMBERSIH DAN MENGEMAS….

bingkas aku bangun memerhatikan sekeliling..barangan dan segalanya kelihatan dalam keadaan baik…aku mengejutkan semua yang masih enak tidur untuk menunaikan solat subuh dan melakukan kerja-kerja membasuh peralatan perkhemahan….aku mahu semuanya selesai awal supaya anak-anak buahku dapat berehat awal..sementara yang lain bersiap aku mencari segala peralatan yang diperlukan…kemudian aku membahagikan tugas sebahagian membasuh,menyidai dan sebahagian lagi membuat ampaian…semuanya berjalan dengan lancar…aku juga turut membantu dalam operasi membasuh flysheet yang pernah aku minta maaf dulu..semasa membasuh aku menanggalkan name tag dan wisel kerana menjejaskan pergerakan aku untuk membasuh..selesai sahaja membasuh dan menyidai flysheet aku dapati name tag dan wisel aku hilang..kebetulan pula EN.Shariman dan En.Azizul tiba..dalam hati ku “jangan la dorang ambil name tag dan wisel aku..memang sakit aku nanti sebab cuai….” Kebetulan aku di panggil beberapa kali oleh En.Shariman..aku cuba untuk menyembunyikan kesilapan ku tapi tdak tahu beliau tidak perasan atau sengaja tidak perasan…


DETIK MEMILUKAN…=’(

SAAT-SAAT YANG CUKUP MENGHIBAKAN….=’( (,=

selesai semua kerja membasuh,mengemas,dan menyimpan barang di dalam stor kami mengumpul semua beg di suatu tempat.kemudian ke tanah lapang untuk postmoterm..kali ini semua yang ingin bersuara diberi peluang…untuk wakil lelaki aku keluar becakap sepatah dua kata dan sempat juga aku meluahkan apa yang terpendam terutama semasa aku melakukan aktiviti ikhtiar hidup…selepas selesai semua kami melakukan aktiviti tradisi simbolik kami dibebaskan iaitu meniup wisel sekuat hati dengan sepuasnya dan melambung topi…agak terkilan kerana aku cuai sehingga hilangnya name tag dan wisel aku…2saat sebelum upacara bermula belakang aku ditepuk oleh seseorang..aku berpaling dan aku terlihat di tangannya wisel dan name tag milik aku…huh lega rasanya..ada juga kenangan yang boleh aku bawa pulang…selepas upacara pembebasan kami bergambar bersama-sama dan bersalaman sebagai upacara perpisahan..kesedihan sekali lagi melanda diri ini..kali ini lebih dari intro kem kerana tidak tahu bila kami akan bertemu lagi…ada yang berpelukan…sedih benar…mengapa perlu hadirnya saat-saat sebegini…rasa ingin kuluahkan tapi keegoan seorang lelaki aku menahan segalanya..semuanya di sembunyikan di lubuk hati ku ini…harap-harap aku cukup kuat untuk menghadapi detik perpisahan ini...detik-detik yang paling aku tidak inginkan dalam hidup aku...tetapi terpaksa ku hadapi jua kerana ia adalah lumrah alam..suratan yang telah ditentukan…setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan…aku terima dengan redha dan bagiku jodoh pertemuan di tangan Tuhan..ada jodoh pasti akan bertemu lagi dan itu akan sentiasa aku nantikan…semua cawangan pulang ke tempat masing-masing bersama 10001kenangan dan pelbagai perasaan yang hanya diri mereka sahaja yang tahu…KALAU ADA SUMUR DILADANG BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG BOLEH KITA KETEMU LAGI……

















14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kecian tok penghulu kite....nasib baik jumpe gak an wisel ngan tag name tu... hehehe

    ReplyDelete
  3. sape le yg bek ati 2 kan...=)

    ReplyDelete
  4. "sape le" ?? hehehe.. comey nye dy ckp cm2 an..
    hahahaha.... nasib la ade org na bg balik bende tu.. muke dak mucuk tu da na nanges da mase kene tiup wisel lame2 tu an.. tp kaver beb.. laki nanges?? malu nyew...hehehehe

    ReplyDelete
  5. terbaik a post nh tok pghulu. haha :D

    ReplyDelete
  6. tau x air mata 2 tnda k'kuatan dan kesabaran..kome tau ape....

    ReplyDelete
  7. xyh nk t'baik sgt lh nat..tau da scene mane yg ko kt t'baik 2....huhuhu

    ReplyDelete
  8. yeke tanda kekuatan dan kesabaran?? ta penah dengar pon?? hehehe...xpe2... nanges jela...xde sape marah pon...

    ReplyDelete
  9. menipu!cerita ni mmg menipu.sape rajin?anat?ah ape anat taw buat keje ke?adoihai rosak la post ko mi menipu anat buat keje!hahahhahahhahha

    ReplyDelete
  10. anat tidak kurang baiknya..dia mempunyai kegigihan yang tinggi..walau apa cara sekali pun dia cuba untuk tidak membiarkan api terpadam..setia menunggu walaupun bahang api membara <<< oih ijat ko tgk dh mang tertulis kan? haha.ijat jelus!!
    zam, sumpah ak terharu giler! nak ngis pun ad bc entry ko nh..bergenang-genang airmata ak dohs. *hyperbola laks* hiks! tp btol doe,siyes! :D

    ReplyDelete
  11. xyh nk t'haru sgt...ayat bckup kngkwn je 2....

    ReplyDelete
  12. ta baik r zami nie... anat meluahkan perasaan tu...xpe nat..org phm...hehehe
    tok penghulu ni kampit cikit....:)

    ReplyDelete
  13. xyh nk phm sgt arh....kina phm org?????

    ReplyDelete