Thursday, August 26, 2010

FIRST CAMP(HARI PERTAMA)


6-AUG-10

Huh..tidak tahu dari mana hendak aku mulakan dan bagaimana untuk aku ungkapkan betapa sukarnya aku untuk mencelikkan mata seawal pagi ini..lama juga aku termenung di atas katil sambil membuat pilihan..setelah berfikir sejenak aku membuat keputusan untuk tidak terlalu

memanjakan diri ini lalu aku bingkas bangun mencapai alatan mandi ku..sesudah selesai mandi baru aku sedar ketidak hadiran kedua-dua teman sebilik juga rakan sekelas ku..pada fikiran ku barangkali mereka sudah berada di stor untuk melakukan apa yang patut..hari ini kami semua

akan berkhemah dan melakukan aktiviti outdoor di Bukit Cherakah..ini merupakan first camp kami yang juga lebih dikenali sebagai introduction camp..aku bersiap pantas lalu turun ke stor untuk sama-sama membantu rakan-rakan yang lain..setibanya aku di stor kelihatan lima orang

pelajar dari Instedt sudah menunggu lalu aku memberi salam pengenalan tanda mengalu-alukan kedatangan mereka..selepas itu aku membantu rakan-rakan yang lain dari Shah Alam membuat pemeriksaan barangan sebelum membawa barang-barang tersebut keluar dari stor

untuk diangkut ke Bukit Cherakah ..selesai sahaja kami membawa barang-barang keluar dari stor kami menunggu ketibaan rakan-rakan dari Jengka pula kerana secara tiba-tiba bahagian pengangkutan UiTM memaklumkan kepada kami bahawa mereka tidak dapat menyediakan lori

disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan..sementara menunggu ketibaan rakan-rakan dari Jengka kami keluar mencari beberapa barang keperluan dan makanan tengah hari..tidak lama selepas kami pulang membeli barang-barang,rakan-rakan dari

Jengka pun tiba dan jumlah mereka cukup memeranjatkan tapi aku bersyukur kerana dengan jumlah kami semua memudahkan segala urusan kami..selepas mereka sampi dan mendaftar kami sama-sama memunggah barang-barang yang ingin dibawa ke Bukit Cherakah ke dalam lori

yang dibawa dari UiTM Jengka.. selesai sahaja memunggah barang kami berkumpul semula di gelanggang futsal..kami diberi penerangan serba sedikit mengenai perjalanan kami untuk hari ini..ketika ini dan setiap cawangan hanya duduk dengan rakan-rakan mereka sahaja..lumrah

kehidupan pelbagai andaian dan anggap apabila pertama kali kita melihat sesuatu atau berjumpa..ada yang positif..ada yang negative dan ada juga yang malu-malu..itu semua perkara biasa..selalunya anggapan pertama itulah yang selalu salah..kami dibenarkan untuk keluar menunaikan solat Jumaat dan diminta berkumpul semula selepas solat Jumaat..habis kami

memunaikan kewajipan kami sebagai seorang muslim kami bekumpul semula dan bergerak ke Bukit Cherakah menaiki bas cawangan masing-masing kecuali Instedt..disebabkan jumlah mereka yang sediki,mereka menaiki bas cawangan Shah Alam..setibanya kami di Bukit Cherakah kami semua dipisahkan mengikut kumpulan masing-masing..inilah masa yang aku

tunggukan..hehe berkenalan dengan kawan-kawan baru...aku diasingkan bersama dua orang lagi daripada cawangan Shah Alam iaitu myrul dan panem ke kumpulan 6..ketika aku sibuk berkenalan dengan rakan-rakan baru, aku agak terkejut kerana salah seorang dari ahli kumpulan aku adalah insan pertama yang aku tegur dan kenal sewaktu hadir temuduga di uitm

Shah Alam..seingat aku ketika itu kami panel temuduga yang ke-7 tetapi selepas dari hari itu aku tidak lansung mendengar khabar berita dari dia..saat aku diterima masuk ke UiTM adalah saat yang membahagiakan aku..seolah-olah aku mendapat sinar baru dalam hidup ini..ketika itu juga hati ini terdetik adakah sahabat ku itu bernasib baik juga seperti ku..aku mula menyesal

kerana ketika bertemu tempoh hari aku tidak mengambil inisiatif untuk berhubung dengannya..semasa belajar di Shah Alam ada juga yang ditemuduga sama tempat dengan aku tapi tidak seorang pun yang tahu mengenai sahabat ku itu..selama satu semi a menjadi persoalan di benak ku tetapi hari ini menjawab segala persoalan yang tersimpan di lubuk hati ini..banyak

yang ingin kami ceritakan tapi masa dan keadaan tidak membenarkan..banyak lagi tanggungjawab dan kerja yang perlu diselesaikan…kami diberi sedikit penerangan dan terus mengangkut barang-barang ke tapak perkhemahan..siap sahaja semua barang diangkut kami

diberi masa yang agak singkat untuk mendirikan kawasan perkhemahan yang terdiri daripada khemah pusat,khemah peralatan,khemah dapur,dan khemah penempatan..kumpulan aku diberi tanggungjawab untuk mendirikan khemah peralatan..khemah yang bersaiz sederhana tetapi

menggunakan masa yang terlalu lama untuk disiapkan kerana pelbagai pendapat yang bercanggahan yang kami terima menyebabkan kami menghadapi sedikit kesukaran dalam menyiapkan khemah tersebut..tambahan pula kami kekurangan kemudahan..tangga yang dibawa hanya satu dan diggunakan untuk membuat khemah pusat..mahu tidak mahu

terpaksalah aku yang bertubuh kecil ini menjadi tangga..nasib yang berpijak diatas ku terlalu besar..jika tidak mungkin hari seterusnya akan aku habiskan didalam sickbay..fesi terakhir yang datang kepada kami memberitahu yang kami boleh membuat khemah ini mengikut kreativiti kami..tanpa berfikir panjang kami bersama-sama menyiapkan khemah tersebut mengikut

kreativiti kami yang ternyata tidak dimiliki oleh batch lain..kami membina dinding khemah tersebut sebelah tinggi sebelah rendah dan kami sendiri idak mempunyai alasan yang cukup kukuh mengapa ia dibina sebegitu rupa Cuma yang kami tahu ia adalah hasil daripada

kesuntukan masa dan hari yang semakin gelap..=)aku seronok mendapat ahli kumpulan yang sporting dan senang memberi kerjasama dalam semua hal..kumpulan aku terdiri daripada

3orang Shah Alam dan 8orang dari Jengka(aku,myrul,panem,zaki,zizi,nabil,sase,fana,sosot,sue,muaz)..elepas selesai semua aktiviti camp craft kami kami semua bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah..selesai solat menyusul pula bacaan Yassin yang di ketuai oleh Zakwan Ahmad atau lebih dikenali sebagai wan kepeng dan terus kami menunaikan solat isyak apabila bacaan yassin

selesai..selepas itu kami diberi masa hanya 15minit untuk menjamu selera kerana banyak aktiviti yang bakal menyusul..selepas makan kami dikumpulkan di gelanggang pasir untuk aktiviti ice breaking dan kelas knotting..malam yang indah hari ini bertukar tegang apabila salah

seorang dari kami terlanjur kata dan menimbulkan kemarahan En.Hisyam..kesan daripada kejadian tersebut terciptalah satu peristiwa yang mencuit hati..hehe kami semua diarah berkumpul di tasik..pada masa itu macam-macam benda bermain di fikiran ku..macam-macam

runggutan dapat aku dengar.. ‘habislah aku basah malam ni kena rendam’..hanya itu sajalah yang aku fikirkan..aku orang kedua yang akan ke tasik selepas myrul..tiba-tiba fesi menyuruh aku dan myrul membasahkan ketiak dengan menggunakan air tasik tersebut..aku seolah-olah

tidak percaya dengan arahan tersebut dan hamper-hampir juga tidak dapat menahan geli hati tetapi melihatkan muka serius fesi aku lakukan saja tanpa banyak soal kemudian berlalu untuk memberi ruang kepada orang lain..selepas selesai semua membasahkan ketiak kami sambung

semula ice breking..ice breaking yang paling lama pernah aku lalui..belum pun sampai giliran aku aktiviti ini di berhentikan kerana sudah lewat malam dan kami perlu menghadiri kelas knotting..ketika ini aku tidak lagi dapat menahan ngantuk..mata ku kadang terbuka kadang

tertutup menahan ngantuk…nasib menyebelahi kami kerana kelas tersebut tidak terlalu lama tapi lain pula dengan nasib kumpulan aku yang perlu terus berjaga bagi tugasan sentry dan memyediakan mkanan lewat malam..huh..aku mengeluh panjang tapi apakan

daya..tanggungjawab tetap tanggungjawab..selepas selesai menyediakan makanan larut malam, kumpulan lain datang mengambil alih tugasan kami..aku menarik nafas lega..tanpa perfikir panjang aku menuju ke khemah untuk tidur..disebabkan terlalu letih aku lewat bangun keesokkan harinya dan hanya bersolat ‘subuh gajah’…










3 comments:

  1. cadangan : buat laa paragraph cikit....xlaa sakit mata nk bace..huhuhu...
    p/s: gmbr saye yg buruk x perlu di masukkan..huhu

    ReplyDelete
  2. ok...nice try..
    x la berselirat urat mata saye nk bace..hehehe

    ReplyDelete