Sunday, August 22, 2010

FIRST AID CLASS


28-JUL-10

First aid??? Kalau difikirkan mengikut akal fikiran insan biasa apa sangat lah nilai kotak putih kecil yang diayak ke hulu ke hilir oleh first aider..mampukah mereka menyelamatkan mangsa menggunakan kotak tersebut..pada mulanya ak pun berfikiran cetek dan naïf seperti yang

lain..bg ku kotak tersebut hanya berguna untuk kecederaan-kecederaan kecil tetapi membawa kotak tersebut ketika ingin menyelamatkan mangsa yang parah hanya akan menyukarkan pergerakkan penyelamat..kelas first aid ni membuka minda dan hati aku yang sempit ini untuk

berfikir dengan lebih rasional.. mengajar aku erti harapan dikala kita sangat memerlukan sesuatu..lumrah manusia dilahirkan ego dan suka memperlekehkan tetapi disaat nafas hampir terputus,nyawa hampir terpisah dari badan pada masa itu lah yang diperlekehkan dan dianggap

tidak berguna itu sebagai harapan dan penyelamat…di saat itu luluhlah segala ego2 yang tinggi melangit mengharapkan simpati dan pertolongan..dikala ita sudah sembuh,kita selalu berterima kasih kepada doctor tetapi kita lupa siapakah insan yang pertama sampai untuk menyelamatkan

kita,yang bertungkus lumus untuk memberi kita harapan..ketika ini baru aku faham first aid bukan sahaja sekadar kotak biasa tetapi merangkumi insan-insan yang mempunyai kemahiran tertentu yang diiktiraf dan semestinya bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan tersebut

kerana bukan semua orang layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut..kalau hendak diikutkan semua orang tahu dan mampu merawat tetapi tidak ramai yang tahu merawat dengan cara yang betul dan tidak ramai juga yang berani merawat…banyak yang aku dapati daripada

kelas ini termasuk cara merawat dan membalut dengan betul...semua yang aku pelajari didalam kelas ini amat berguna dan mempunyai alas an yang tersendiri mengapa perlu kita melakukan sedemikian..semua orang tahu apabila mengalami kecederan kita perlu membalut kecederaan

tersebut tetapi balutan yang salah boleh memudaratkan dan menjadikan kecederaan tersebut semakin parah..balutan yang betul dan kemas mampu memberi keselesaan dan mengurangkan rasa sakit..ia juga meletakkan mangsa dalam keadaan yang tidak berisiko mendapat kecederaan

tambahan selain itu ilmu didalam kelas knotting juga diaplikasikan dalam kelas ini..semua balutan akan diakhiri dengan reef knot supaya ia nya senang untuk dbuka ketika mendapatkan rawatan lanjut ..bagi mengingati saat yang sunguh bermakna ini kami sempat merakamkan beberapa foto untuk diadaptasikan bersama jurnal ini..moga-moga ia dapat memberi sesuatu yang berguna untuk generasi-generasi yang akan datang insyaallah….









No comments:

Post a Comment