Thursday, August 26, 2010

ORIENTEERING CLASS(TEORI)

4-AUG-10

Sepatutnya hari ini kami akan mempelajari teknik-teknik berkayak tetapi kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan kelas kayak ditukar kepada kelas orienteering..kesilapan yang kami lakukan tempoh hari akan menjadi pengajaran kepada kami..semua ini adalah gara-gara kelewatan kami menghantar surat ke MBSA dan unit kenderaan menyebabkan

permohonan kami tidak dapat diluluskan..sebagai pengajaran untuk kemudian hari kami akan lebih peka dan ringan mulut untuk bertanya kepada senior-senior dalam melakukan apa jua aktiviti bagi mengelakkan perkara sebegini berulang..dalam kelas orienteering ini banyak

perkara baru yang aku pelajari..orienteering terbahagi kepada beberapa jenis..ada yang dikira mengikut kepantasan peserta dan ada juga yang dikira mengikut jumlah check point..kami juga

belajar untuk membaca dan mengutarakan peta disamping mempelajari serba sedikit mengenai kompas dan cara pengunaan yang betul..benda terbaru yang aku perolehi daripada subjek ini ialah 2langkah besamaan dengan 1meter…=)

No comments:

Post a Comment