Friday, October 22, 2010

KE GOPENG!!!!

01-10-10


Pagi ini aku bangun dan membuat keputusan untuk mengikuti rakan-rakan yang lain ke Gopeng membuat tijauan tapak dan membuat pembayaran…perjalanan kesana mengambil masa 3jam..tapi separuh perjalanan kami berhenti di RnR untuk berehat….hanya aku,demo,ijat jalil,kaci,hamzah,anat dan dayah sahaja yang pergi diiringi oleh En.Eto…sampai sahaja di

Gopeng,tempat pertama kami pergi adalah hospital..agak lama kami disitu kerana ada sedikit kesulitan akibat daripada surat yang kami hantar…ada sedikit kesilapan jadi kami terpaksa membuat semula surat tersebut…kemudian kami ke balai polis..disana kami sempat

dijamu dengan kuih raya..kami semua makan kecuali anat..malu pada awalnya tapi lama-lama terpengaruh juga dengan rupa kuih muih yang enak tersebut…selesai tugas di balai polis kami terus ke tapak perkhemahan…sementara menunggu kedatangan tuan empunya

tanah kami sempat bermandi manda di sungai bersebelahan tapak perkhemahan kami..banyak yang En.Eto kongsikan bersama kami mengikut pengalaman yang beliau ada..keasyikkan bermandi manda kami terhenti apabila tuan empunya tanah tiba..kami perlu

fokus pada kerja..selepas berbincang dan persetujuan dicapai kami datang ke rumah tuan empunya tanah untuk membuat bayaran..selepas membuat bayaran tuan empunya tanah bermurah hati menjemput kami semua untuk makan tengah hari..bak kata orang rezeki jangan

ditolak..kami yang sedang kelaparan ini pun apa lagi..dengan pantas menjamu selera…selepas mengisi kekosongan perut kami,kami pun beransur pulang..dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Gua Kandu…membuat tinjauan sebarang maklumat dan bayaran..selepas selesai di situ kami semua pulang ke Shah Alam kerana hari sudah lewat petang…selepas 3jam perjalanan kami pun tiba di kediaman masing-masing…






















9 comments: