Friday, October 22, 2010

FLYINGFOX


29-09-10

Satu lagi aktiviti yang banyak menggunakan tali..best btol aktiviti-aktiviti yang memerlukan kemahiran ikatan tali ni…tuk aktiviti ni aku pelajari satu teknik baru untuk mengetatkan tali selain dari butterfly..yang ni lagi mudah dan menjimatkan tenaga..teknik ni dipanggil ‘zikzak sistem’…

persiapan kami dibantu oleh senior iaitu abg Mubin…seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang outdoor..selain dari En.Hisyam,dia juga merupakan orang yang paling banyak memberi tujuk ajar kepada kami…untuk flyingfox ni kami banyak bertungkus lumus untuk

menegangkan tali kerana tali yang digunakan agak panjang dan jarak yang jauh jadi untuk menegangkan tali tersebut semestinya memerlukan tenaga yang cukup banyak…setelah siap kami menegangkan tali dan membuat segala persiapan kami membuat undian siapakah antara

yang terawal akan turun..kami semua ‘excited’ untuk jadi yang paling awal untuk turun..setelah semua bersiap-siap ke tempat permulaan,tiba-tiba kami dapat arahan untuk berkumpul semula..semua tertanya-tanya..pelbagai persoalan bermain di minda kami..segala persoalan

tersebut terjawab apabila En.Hisyam memberitahu bahawa kami tidak boleh melakukan sebarang penurunan kerana tali yang digunakan tidak lagi selamat walaupun tali tersebut merupakan tali baru..tali tersebut rosak semasa dalam proses kami melakukan penegangan tali…oleh kerana

daya yang dikenakan telalu besar menyababkan tali tersebut rosak…dengan perasan kecewa berbaur sedih kami mengemas barang-barang dan klas hari tu ditamatkan awal..kami semua pulang dengan perasaan hampa tapi sekurang-kurangnya kami tidak pulang kosong sebaliknya berbekalkan ilmu pengetahuan baru…











No comments:

Post a Comment