Friday, October 22, 2010

KAYAK

22-09-10

Jam menunjukkan tepat jam 7.30pg…ini bermakna aku perlu bergegas siap sedia untuk ke klas outdoor sebab untuk kelas kali ni ktorang perlu melakukan banyak persiapan awal sebelum memulakan kelas…agak banyak peralatan yang perlu dibawa lebih-lebih lagi kali ini

kelas tidak dilakukan di dalam kampus sebaliknya di tasik seksyen 2 dimana kebanyakkan kayak uitm di tempatkan…kelas hari ini dibahagi kepada dua sesi dimana sebelum kami dibenarkan masuk ke tasik menggunakan kayak kami diberi penerangan secara

terperinci mengenai kayak dan cara pengendaliannya oleh En.Hisyam dalam sesi teori…kami diperkenalkan dengan isyarat-isyarat yang digunakan, anatomi kayak dan fungsi-fungsinya…setiap orang perlu membuat praktikal mendayung kayak diatas darat sebelum

melakukannya di dalam air…untuk sesi praktikl,pelajaran pertama yang kami lakukan adalah cara untuk keluar dari kayak apabila kayak terbalik..ini adlah pengalaman pertama aku berkayak jadi sedikit sebanyak perasaan takut masih ada di hati ini walaupun kami lengkap

dengan jaket keselamatan..walaupun dalam keadaan was-was aku memberanikan diri menterbalikkan kayak dan cuba untuk keluar..ianya tidak terlalu sukar dengan adanya bantuan apungan dari jaket keselamatan….selepas itu kami mempraktikkan semua teknik kendalian dan

isyarat yang ada…kami pergi menjelajahi setiap pelusok tasik Shah Alam..semasa menjelajah kami akan pasti kan setiap orang dari kami terbalik dantidak terlepas juga

En.Hisyam…=) walaupun beliau sempat memberi amaran kepada sesiapa yang berniat menterbalikkan beliau akan mendapat paling tinggi hanya C tapi tidak diendahkan oleh aku dan rakan-rakan yang mana operasi ini diketuai oleh kaci….=) setelah penat berkayak kami kembali

semula ke darat..semua peralatan yang digunakan dikumpul setempat untuk pemeriksaan sebelum dipulangkan semula ke stor…setelah siap pemeriksaan dilakukan barang-barang tersebut dibawa pulang ke stor bersama kami dan kami bersedia untuk ke kelas seterusnya…..





























2 comments:

  1. amboii die.... kemain lagi ek....
    muke ta boley bla...mcm org pro kayak je an...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete