Friday, October 22, 2010

BIRO MAKANAN

Ahli-ahli :

1. Amyrul Shafiq bin Shamuddin ( Ketua biro )

2. Muhammad Noor Hizami bin Hamidi

08/09/2010 – Rabu

· Kami pergi ke Dataran Cendikia untuk mencari catering untuk makanan kami ketika di kenanga nanti.

20/09/2010 – Isnin

· Kami membuat `first check’ peralatan dapur yang digunakan pada ` first camp’ di stor peralatan 2 yang terletak di gym.

22/09/2010 – Rabu

· Berhubung dengan biro makanan jengka, bincang berkenaan pembahagian bahan dan barang makanan yang perlu dibawa semasa di Gopeng.kami telah membahagikan tugas seperti, Shah Alam menyediakan minuman, Jengka menyediakan bahan mentah dan peralatan, manakala Instedt pula bawa beras. Jika ada barang yang jengka tidak dapat bawa, mereka akan beritahu kami, dan kami akan cuba bawa barang yang tidak cukup.

23/09/2010 – Khamis

· Malam, saya dan hizami berbincang tentang menu makanan yang akan kami masak ketika di kem nanti. Setelah siap menu tersebut, kami menghantar kepada biro makanan jengka untuk mendapat persetujuan dari pihak mereka.

24/09/2010 – Jumaat

· Menunjukkan menu makanan yang kami telah sediakan kepada Encik Hisham. Menu makanan kami telah diluluskan oleh Encik Hisham. Kami terus memberitahu Jengka bahawa menu makanan yang kami bincang telah diluluskan.

27/09/2010 – Isnin

· `deal’ dengan catering untuk memastikan tempahan semasa kami di kuarintin di kenanga. Kami memberi akak catering menu yang kami perlukan semasa di kuarintin.

28/09/2010 – Selasa

· Kami `follow up’ dengan catering dan check menu makanan, untuk memastikan catering dapat menyediakan makanan yang kami minta.

30/09/2010 – Khamis

· Kami datang ke gerai akak catering untuk menanyakan `budget’ untuk makanan yang kami tempah.

· Setelah diberitahu budget makanan, kami memberitahu pada pihak Jengka tentang harga makanan.

· Kami di beritahu dari pihak Jengka bahawa mereka memerlukan dapur,tong gas, bekas air, cawan, mangkuk dan parang pemotong daging.

· Kami bergegas ke stor untuk periksa barang yang diminta oleh pihak Jengka.

01/10/2010- Jumaat

· Kami diberitahu bahawa ada penambahan untuk catering. penambahan untuk student degree serta PLK.

· Kami bergegas berjumpa catering yang menguruskan makanan kami untuk memaklumkan penambahan student.

02/10/2010- Sabtu

· Kami mencari maklumat dan menyediakan resepi atau cara-cara memasak. Kami juga menyediakan sentri untuk kumpulan yang bertugas untuk memasak sarapan.

04/10/2010- Isnin

· Kami dapat maklumat dari pengarah Shah Alam berkenaan VIP yang akan hadir pada malam perasmian dan penutup.

· Kami berbincang dengan catering untuk membuat kelainan pada VIP.

05/10/2010- Selasa

· Kami berhubung dengan catering untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

· Kami memeriksa barang dapur di stor untuk memastikan barang yang diperlukan semasa di Gopeng Lengkap.

06/10/2010 – Rabu

· Kami menerima duit untuk deposit catering sebanyak RM 1000, manakala untuk membeli air di beri RM 500

· Kami bergegas ke destinasi yang diarahkan untuk menyerahkan amanat.

· Kami membeli barangan minuman di kedai 99speedmart di seksyen 7 dengan bantuan Rashdan yang membawa kereta.

07/10/2010 – Khamis

· Kami membuat final check untuk kesemua barang.

08/10/2010 – Jumaat

· Kami menelefon catering untuk mengingatkan sarapan, makan tengahari,serta makan malam.

· Pagi, kami bergegas pergi ke seksyen 16 untuk mencari biskut di dalam tin besi untuk activiti ikhtiar hidup.

09/10/2010 – Sabtu

· Setibanya kami di Gopeng,kami beri kepada pihak Jengka barang-barang yang diminta.

· Kami mengemas dan menyusun barang-barang di tempat yang disediakan.

· Kami menampal resepi, jadual sentri sarapan, serta menu harian kami sepanjang di Gopeng.

13/10/2010 – Rabu

· Pagi, kami mengasing kan barang- barang sambil membuat kiraan semula melalui check list milik Jengka, Shah Alam dan Instedt.

· Setibanya di Shah Alam, kami `loading’ barang dari lori.

14/10/2010 – Khamis

· Setelah selesai semua, kami memasukkan barang- barang dan membuat check list sekali lagi sebelum kami simpan barang ke dalam stor.

· Kami membayar baki catering untuk student diploma sahaja.

· Kami memulangkan duit baki pembelian air yang kami beli pada 06/10/2010 kepada bendahari iaitu Balqis.

7 comments: