BERMULANYA AL-KESAH DARI TARIKH 08-10-10 HINGGA14-10-10…..
Hari yang ditunggu-tunggukan kini tiba…setiap orang di kalangan kami mampu menarik nafas lega namun masih ada yang belum mampu menghela nafas tersebut kerana tanggungjawab masih lagi dipikul…setelah berpenat lelah dan bersusah payah selama beberapa bulan akhirnya hari yang dinantikan tiba..kami ditemukan kembali di UiTM Shah Alam di mana tempat yang menjadi persetujuan semua cawangan baik dari Jengka mahupun INSTEDT…bermula lah cabaran final camp kami yang diberi nama ‘EXTREME OUTDOOR EXPEDITION’.. kami membuat persiapan seawall pagi..mencari semua barang-barang keperluan yang belum ada dan mengambil ubat pencegahan malaria di pusat kesihatan…cawangan Jengka dan INSTEDT tiba di Shah Alam lebih kurang jam5 petang..cuaca hari itu kelihatan mendung seperti memberi peringatan kepada kami yang pergi mengharungi cabaran untuk berhati-hati dan menjaga diri serta tatasusila dengan sebaik mungkin..segala peralatan telah dibawa keluar dari stor dan sesampai sahaja semua cawangan di Shah Alam kami terus berkumpul untuk mendengar penerangan dan amanat dari fesi dan pensyarah..kami dibahagikan tugas untuk persiapan pembukaan perkhemahan kami malam nanti..semua sibuk dengan tugas masing-masing…aku dberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis ditemani oleh Izzati dari INSTEDT…satu tugas yang agak sukar dan mencabar bagi seorang insan yang tidak pernah bermimpi pun untuk melakukan tugas-tugas sebegitu tapi aku tidak menolak dan menganggap ianya sebagai satu cabaran..aku tidak mahu menjadi seorang manusia yang menghadkan kemampuan diri kerana ia bukan lah sesuatu yang membina dalam aku mengharungi perjuangan aku sebagai seorang pelajar…aku perlu lebih positif..banyak yang aku pelajari di introduction camp yang yang berguna dan mampu membantu aku mengharungi hari-hari yang mendatang dengan penuh hikmah…walaupun banyak kekurangan dan cacat celanya sewaktu aku menjadi pengerusi majlis tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya aku berjaya mengharungi cabaran dan menyelesaikannya…selesai sahaja majlis kami semua diberi makan dan selepas itu kami diberi arahan untuk berkumpul oleh En.Shariman..dari situ seorang penghulu dan seorang penghuluwati dipilih..malam itu kami tidak mempunyai sebarang aktiviti..penghulu yang dipilih membahagikan tugas sentri mengikut nama gunung..ianya bertujuan menjaga barang-barang yang berada di luar stor dan keselamatan setiap peserta juga berperanan pembangkit peserta lain dari tidur pada sebelah subuh nanti…setiap gunung menjalankan tugas dengan baik sehinggalah terjaganya setiap peserta pada subuh hari bagi mengharungi hari seterusnya….
BERTOLAK KE GOPENG!!!=)
Kami dikejutkan seawal 5.30pagi untuk bersiap-siap dan menunaikan solat subuh berjemaah…selesai sahaja solat subuh, kami berkumpul untuk menunggu arahan seterusnya…tugasan seterusnye adalah membawa masuk semua barang-barang keperluan ke dalam lori dan bas jadi kami perlu menunggu kenderaan-kenderaan tersebut sampai dahulu…lori tiba ke perkarangan stor lebih kurang jam8 pagi..semua barang-barang dipunggah ke dalam lori..setengah jam kemudian sarapan pagi sampai dan semua yang tidak terlibat dengan aktiviti pemunggahan diarahkan untuk makan kemudian menggantikan yang sedang memunggah barang….selepas semuanya selesai kami berkumpul di suatu kawasan lapang untuk membaca doa sebelum bertolak ke Kg.Jahang Gopeng Perak…perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3jam…kami sampai di sana lebih kurang jam 2petang…bas hanya berhenti di luar kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan kami di hantar ke dalam..perjalanan ke tapak perkhemahan dari tempat kami diturunkan agak jauh….jadi segala peralatanyang berat di muatkan di dalam lori bersama beberapa orang peserta lelaki yang ditugaskan untuk memunggah turun barang-barang dari lori tersebut..setelah siap barang-barang dipunggah lori tersebut berpatah balik untuk mengambil baki peserta yang tertinggal..tapi disebabkan bilangan yang terlalu ramai hanya separuh sahaja yang mampu di bawa masuk menggunakkan lori…separuh lagi terpaksa berjalan kaki…suatu permulaan yang agak memeritkan dan cukup mencabar…setelah semua peserta sampai ke tapak perkhemahan kami di beri masa untuk berehat seketika oleh fesi…selepas itu kami memulakan aktiviti kraf perkhemahan..aku ditugaskan bersama rakan-rakanyang lain untuk membuat khemah peralatan manakala peserta perempuan kumpulan aku diarahkan untuk memasak…setelah puas memikirkan idea dan berbincang bersama-sama rakan yang lain akhirnya siap juga khemah peralatan kami yang terhasil daripada pemikiran-pemikiran kreatif dan kritis kami..ini lah khemah peralatan terbesar yang pernah aku bina bersama rakan-rakan….ada di antara kami yan ditugaskan membuat khemah dapur..khemah pusat..khemah penempatan..khemah generator dan pendawaian bagi menghadapi kegelapan malam di Kg.Jahang….selesai semua kerja kami menunaikan fardhu solat dan mengisi kekosongan yang amat sangat perot kami…selepas makan kami terus bersiap untuk solat maghrib berjemaah kerana hari sudah lewat senja..selepas menunaikan solat maghrib..kami membaca yasin beramai-ramai diikuti oleh solat isyak..selepas itu kami mendengar sedikit amanat dari pensyarah dan penghulu/penghuluwati baru dipilih..malam kami diteruskan dengan permainan yang di anjurkan oleh PERLU pada mulanya kemudian diambil alih oleh pelajar sarjana muda pengurusan sukan semester 3 yang di panggil permainan lemak manis…puas kami berpantun-pantun untuk mendapatkan petunjuk yang terakhir..akhirnya Berjaya juga..kumpulan aku merupakan kumpulan terakhir yang Berjaya menyelesaikan permasalahan yang diberikan berikutan beberapa masalah teknikal yang melanda..ada petunjuk yang diberi sama dan kami mendapat petunjuk tidak mengikut urutankerana arahan yang diberikan kurang jelas…disebabkan habis lewat kami mengambil keputusan untuk tidak tidur dan menunggu hari esok untuk melakukan aktiviti seterusnya….
TUBING DAN CAVING!!=)
MEMORI YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN…..
ILMU BARU..TUGASAN BERAT …..???=)
Pada mulanya aku hanya membahagikan kerja pada bukit yang mendapat tugasan sentri sahaja dan yang lain ku beri masa untuk berehat kerana memerlukan tenaga mereka untuk esok hari tetapi memandangkan pensyarah mahu segalanya selesai menjelang pagi aku terpaksa mengejut semua peserta lelaki dan Izzati mengejut peserta perempuan…setelah beberapa kali dikejut pun tetap tidak bangun aku nekad meruntuhkan semua khemah penempatan kecuali khemah sakit…setelah semua khemah diruntuhkan barulah mereka bangun tetapi masih ada lag peserta perempuan yang masih tidak bangun ..dalam hati ku berkata “astarfirulllahalazim tidur mangalahkan lelaki…lelaki pun dah bangun semua…” aku hanya mengarahkan mereka mengemas khemah penempatan dan barang-barang mereka kemudian kumpulkan di khemah peralatan..pada siapa yang mengantuk mereka boleh menyambung tidur di dalam khemah pusat sementara menanti subuh…keras-keras mereka pun tapi akhirnya menurut jua..kasihan juga aku melihat mereka..membuat kerja dalam keadaan mamai dan mengantuk…di dapur kelihatan beberapa orang telah tewas dan terbaring…dan beberapa orang yang masih lagi menguatkan semangat membuat persediaan untuk peserta yang pergi membuat aktiviti ikhtiar hidup dan sarapan pagi..penghuluwati sunguh sibuk kesana kemari menguruskan dapur dan peserta perempuan…tidak lama kemudian kumpulan yang membuat aktiviti ikhtiar hidup pun pulang…kami menghidangkan mereka dengan bubur dan air teh…selepas semua selesai kami menunaikan solat subuh dan seperti biasa kami akam melakukan Malaysia cergas…
PERMULAAN HARI YANG BAIK…=)KEBERANGKATAN PULANG…=(
Penghulu…penghulu…sayup-sayup sahaja kedengaran suara tersebut…sekali lagi aku terdengar..kali ini agak dekat..aku membuka mata dan keadaan sekeliling seperti biasa ku lihat…Ya Allah…aku terlalu asyik melayan penat ku..terlena hingga tidak sedar sudah sampai di Shah Alam…di hadapan ku kelihatan Puan Ain sedang tersenyum..mungkin keadaan kami tidur akibat kepenatan ini mencuit hati beliau…hati ku lega apabila kami sampai di Shah Alam seolah-olah kem sudah tamat walaupun pada hakikatnya masih banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu kami selesaikan…lori masih lagi belum tiba jadi aku mengarahkan semua peserta yang boleh bersolat untuk bersolat dahulu…selepas itu kami membawa barang-barang milik Shah Alam keluar dari lori…kerja yang berat menjadi mudah apabila semua orang memberi kerjasama..barangan Jengka yang dibawa keluar hanyalah yang ingin di basuh sahaja..selepas selesai memunggah barang,kami berkumpul untuk mendengar sedikit pesanan daripada En.Shariman…
MAJLIS PENUTUPAN DAN DINNER HARI RAYA(pecah tradisi)…!!!=)
OPERASI MEMBERSIH DAN MENGEMAS….
bingkas aku bangun memerhatikan sekeliling..barangan dan segalanya kelihatan dalam keadaan baik…aku mengejutkan semua yang masih enak tidur untuk menunaikan solat subuh dan melakukan kerja-kerja membasuh peralatan perkhemahan….aku mahu semuanya selesai awal supaya anak-anak buahku dapat berehat awal..sementara yang lain bersiap aku mencari segala peralatan yang diperlukan…kemudian aku membahagikan tugas sebahagian membasuh,menyidai dan sebahagian lagi membuat ampaian…semuanya berjalan dengan lancar…aku juga turut membantu dalam operasi membasuh flysheet yang pernah aku minta maaf dulu..semasa membasuh aku menanggalkan name tag dan wisel kerana menjejaskan pergerakan aku untuk membasuh..selesai sahaja membasuh dan menyidai flysheet aku dapati name tag dan wisel aku hilang..kebetulan pula EN.Shariman dan En.Azizul tiba..dalam hati ku “jangan la dorang ambil name tag dan wisel aku..memang sakit aku nanti sebab cuai….” Kebetulan aku di panggil beberapa kali oleh En.Shariman..aku cuba untuk menyembunyikan kesilapan ku tapi tdak tahu beliau tidak perasan atau sengaja tidak perasan…
DETIK MEMILUKAN…=’(
SAAT-SAAT YANG CUKUP MENGHIBAKAN….=’( (,=
selesai semua kerja membasuh,mengemas,dan menyimpan barang di dalam stor kami mengumpul semua beg di suatu tempat.kemudian ke tanah lapang untuk postmoterm..kali ini semua yang ingin bersuara diberi peluang…untuk wakil lelaki aku keluar becakap sepatah dua kata dan sempat juga aku meluahkan apa yang terpendam terutama semasa aku melakukan aktiviti ikhtiar hidup…selepas selesai semua kami melakukan aktiviti tradisi simbolik kami dibebaskan iaitu meniup wisel sekuat hati dengan sepuasnya dan melambung topi…agak terkilan kerana aku cuai sehingga hilangnya name tag dan wisel aku…2saat sebelum upacara bermula belakang aku ditepuk oleh seseorang..aku berpaling dan aku terlihat di tangannya wisel dan name tag milik aku…huh lega rasanya..ada juga kenangan yang boleh aku bawa pulang…selepas upacara pembebasan kami bergambar bersama-sama dan bersalaman sebagai upacara perpisahan..kesedihan sekali lagi melanda diri ini..kali ini lebih dari intro kem kerana tidak tahu bila kami akan bertemu lagi…ada yang berpelukan…sedih benar…mengapa perlu hadirnya saat-saat sebegini…rasa ingin kuluahkan tapi keegoan seorang lelaki aku menahan segalanya..semuanya di sembunyikan di lubuk hati ku ini…harap-harap aku cukup kuat untuk menghadapi detik perpisahan ini...detik-detik yang paling aku tidak inginkan dalam hidup aku...tetapi terpaksa ku hadapi jua kerana ia adalah lumrah alam..suratan yang telah ditentukan…setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan…aku terima dengan redha dan bagiku jodoh pertemuan di tangan Tuhan..ada jodoh pasti akan bertemu lagi dan itu akan sentiasa aku nantikan…semua cawangan pulang ke tempat masing-masing bersama 10001kenangan dan pelbagai perasaan yang hanya diri mereka sahaja yang tahu…KALAU ADA SUMUR DILADANG BOLEH HAMBA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG BOLEH KITA KETEMU LAGI……

















